Ramai Sebak Lihat Nenek Tua Di Sebalik Kostum Rabbit Merah Masih Gigih Cari Rezeki [Video]

Tak dinafikan setiap individu yang sudah menginjak ke usia dewasa perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, kebanyakan di antara kita hanya akan bekerja sehingga mencapai ke satu tahap umur sekitar 55-60 tahun sebelum bersara.

Namun ada yang terpaksa bekerja sehingga meniti ke usia emas demi kelangsungan hidup masing-masing.

Warga emas pakai kostum arnab untuk mencari rezeki raih perhatian ramai

Baru-baru ini, seorang wanita warga emas telah mencuri tumpuan ramai apabila berada di sebuah kawasan awam untuk menghiburkan orang ramai bagi meraih pendapatan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Amirul Amer, awalnya kelihatan seorang nenek duduk di sebuah kerusi yang berada di kaki lima dipercayai di Uptown Danau Kota, Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut kelihatan nenek berkenaan memakai kostum arnab berwarna merah itu sedang berehat sambil membuka kepala kostum terbabit.

Dipercayai sedang berehat selepas penat bekerja

Perkara itu mungkin dilakukan oleh nenek berkenaan kerana berasa panas serta penat selepas beberapa jam bekerja.

Namun selepas beberapa ketika kelihatan warga emas itu menyarung semula kostum tersebut sambil duduk sebaik melihat orang ramai melintas di hadapannya.

Situasi itu secara tidak langsung membuatkan Amirul simpati dengan nenek berkenaan kerana meskipun usianya sudah tua namun dia masih gigih mencari rezeki.

“Semoga murah rezeki selalu nenek, sentiasa bersyukur,” doanya buat warga emas itu.

Ramai sebak dan bantu warga emas

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat kegigihan nenek itu mencari rezeki malah ramai yang cuba untuk menghulurkan bantuan.

Tidak kurang juga ada yang memaklumkan mereka sering melihat warga emas itu berada di kawasan tersebut.

Ada juga yang menyifatkan nenek itu tidak sepatutnya melakukan pekerjaan sedemikian di usia emas.

Bukan hanya itu kegigihan nenek ini turut membuatkan segelintir dari netizen sedar mereka perlu berusaha lebih keras dalam mencari rezeki.

Terdapat juga pengguna media sosial yang mendoakan nenek tersebut sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang luas.

@amirulamer

Semoga murah rezeki selalu nek, semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki selalu 🤲🏻 #fyp #fyp

♬ original sound – officialnohsalleh – officialnohsalleh

“Kita hidup di dunia ini gunakan perahu yang sama. Tapi harungi ombak yang berbeza, ada yang kuat ada yang tak kuat. Begitulah kehidupan, semoga makcik ni sentiasa dimurahkan rezeki.”

“Nenek kenapa? Sepatutnya sekarang nenek duduk di rumah main dengan cucu”

“Semoga makcik dikurniakan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki seluasa lautan. Semoga berpeluang untuk jumpa makcik ni suatu hari nanti. Lebih kurang sebaga dengan mak saya ni.”

“Semoga nenek dalam lindungan Allah SWT selalu nek.”

Recent Posts

  • Info

Boleh Ke Sindir Kaki Kutuk Belakang ? Ini Penjelasan UAI [Video]

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa sindiran juga dikira sebagai satu bentuk teguran terhadap…

11 hours ago
  • Trending

Kerana Kesempitan Hidup, Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah

Kisah pasangan suami isteri itu dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor…

11 hours ago
  • Trending

“Makin Rare, Makin Mahal” – Lelaki Jual 2 Majalah Ujang RM4,000 Raih Perhatian Ramai [Video]

Menurutnya, sebuah majalah Ujang yang diterbitkan pada tahun 2001 ingin dijual pada harga RM1,500 manakala…

11 hours ago
  • Trending

“Luar PPR, Dalam Kondo”- Ramai Teruja Lihat Dekorasi Rumah Flat Nampak Ekslusif [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan dekorasi yang dibuat oleh wanita berkenaan menampakkan interior rumah PPR…

11 hours ago
  • Trending

“Memalukan Negara!” – Video Ammar Nazhan & Aras Mohon Maaf Raih Perhatian Ramai

Difahamkan, YouTuber Ammar Nazhan dan TikTokers Aras Abdullah juga telah menandatangi surat permohonan maaf yang…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Kenderaan Berat Dilarang Masuk Lebuh Raya Terpilih Pada Waktu Puncak Bermula 19 Februari Ini

Menurut LLM, pelaksanaan larangan itu berkuat kuasa setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan…

12 hours ago