fbpx
Now Reading
“Bila Staf Gen Z Tulis Skrip”- Konten TNB Buat Ramai Terhibur [Video]

“Bila Staf Gen Z Tulis Skrip”- Konten TNB Buat Ramai Terhibur [Video]

Meskipun video yang dilakukan adalah informatif namun ia menjadi satu konten santai apabila penulis skrip memasukkan trend terkini di media sosial membuatkan ramai tertarik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali membuka media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya pasti kita akan dapat melihat konten yang menjadi trend kebanyakan pengguna.

Apabila sudah menjadi trend pastinya ia diikuti oleh orang ramai khususnya generasi yang sering menggunakan media sosial seperti ‘Gen Z’.

Konten trend yang dilakukan di media sosial ini adakalanya menghiburkan dan ada juga yang membahayakan sehingga boleh meragut nyawa dan sebagainya. Oleh itu, sebagai pengguna alam maya kita perlu bijak memilih.

Konten TNB raih perhatian guna trend terkini

Baru-baru ini, syarikat bekalan elektrik negara iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah meraih perhatian ramai apabila membuat satu konten memberikan Point Of View (POV) sebuah video yang skripnya ditulis oleh generasi Z.

Dalam video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan penulis menjadi kreatif apabila memasukkan trend terkini yang berada di sosial media dalam satu konten informatif.

Menerusi konten itu, awalnya pengacara dalam video menyapa penonton dengan gelaran ‘bestie’ yang bermaksud best friend (kawan baik) dan perkataan itu sering digunakan oleh generasi pada masa kini.

Guna perkataan trend generasi terkini

Selain bestie, penulis skrip turut menggunakan perkataan seperti ‘serveee’, ‘No caps’, menunjukkan cara generasi kini berkomunikasi dengan rakan-rakannya.

Bukan hanya itu, mereka juga membuat trend tarian yang menjadi ikutan dan perhatian ramai pengguna di TikTok.

“Sabaq sat (tunggu sekejap/ wait) sekarang dah tak perlu bayar di kaunter, bayar di kiosk. Sabaq sat online pun boleh,” kata pengacara sambil membuat pergerakan lagu ‘Wait, they don’t love you like I love you’.

Bukan hanya itu, perkataan trending ‘very demure’, ‘very cutesy’ turut digunakan dalam video terbabit untuk menunjukkan suasana di satu bahagian yang baru sahaja diubah suai.

“Tengok ni ‘it’s giving comfy, very cutesy, very demure’. Kita baru lepas renovate (ubahsuai).

“Tengok… uuuuy lagi santai kawan. Staf kami rizz level menyala (membakar). Datanglah ke kedai Tenaga jangan kata TNB tak payung (tak tunjuk/ belanja).

“Slayyyyyy,” kata staf di TNB berkenaan.

@tenaga_nasional

Portal dan aplikasi myTNB kami boleh selesaikan macam-macam urusan seperti permohonan, pembayaran bil dan lain-lain! Tapi, kalau anda perlukan pertolongan, kami di Kedai Tenaga sedia untuk ‘serveeee’ anda 💅 #KedaiTenaga #BetterBrighter #genz

♬ original sound – Tenaga_Nasional – Tenaga_Nasional

Ramai terhibur lihat TNB buat konten guna trend terkini di sosial media, siap cadang naikkan gaji penulis skrip

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan konten video tersebut malah ada yang mengatakan ia adalah sesuatu yang bagus apabila syarikat dapat menerima idea dari anak muda.

Bukan hanya itu ada yang mengatakan pihak syarikat juga boleh menaikkan gaji si penulis skrip.

Tak kurang juga ramai yang meninggalkan komen dengan menggunakan terma trending yang digunakan dalam video tersebut.

Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan video dihasilkan oleh TNB ini begitu dekat di hati orang ramai.

“Okay boleh naikkan gaji penulis skrip”

“Terkejut mother tiba-tiba abang ni bestie wow gen z sungguh”

“Gen Z approve, comel sungguh”

“Comel pula pakcik ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.