Cef Tawar Harga Steak Mampu Milik Siap Tabur Garam RM1,000 Secara Percuma Untuk Pelanggan [Video]
Amirul turut memaklumkan harga untuk stik daging bahagian tomahawk di restorannya berharga RM230 untuk 800 gram yang pasti jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan kebanyakan kedai makanan barat atau popular dengan panggilan kedai ‘western’ menjual daging stik dengan harga yang mahal.
Harga stik mempunyai nilai yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan berat daging yang dipilih.
Selain dapat merasai kelembutan daging stik pelanggan juga boleh memilih bagaimana cara mereka ingin daging dimasak sebagai contoh separa mentah (medium rare), separa (medium), separa masak (medium well), atau masak sepenuhnya (well done).
Guna garam bernilai RM1,000 untuk tabur atas stik
Baru-baru ini, sebuah restoran menyediakan makanan barat di Alor Setar, Kedah telah menjadi perhatian apabila menggunakan garam yang mahal dalam makanan yang dihidangnya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Amirul Azahar di TikTok, awalnya kelihatan dia yang lengkap memakai baju cef sedang memotong daging bahagian tomahawk di hadapan pelanggan yang berkunjung di restoran Smoll Private Dining.
Ketika memotong daging tersebut sambil diperhatikan seorang pekerja, Amirul turut sempat berbual mesra dengan pelanggannya.
Pelanggan datang selepas lihat video di TikTok
Dalam video itu kedengaran pelanggan memaklumkan itu adalah kali pertama mereka ke restoran terbabit selepas konten mengenai kedai itu muncul dalam sosial media.
Malah pelanggan itu mengatakan selepas membaca reviu, ramai mengatakan ia sedap maka mereka mengambil keputusan untuk mencubanya.
Tawar harga stik mampu milik kepada pelanggan
Amirul kemudian mengatakan dia baru sahaja mempromosikan kedai makannya itu di TikTok, kerana sebelum ini ada yang menyangkakan restoran itu hanya untuk golongan T20. Namun sebenarnya, dia menawarkan harga mampu milik untuk mereka yang ingin mencubanya.
Sebaik selesai memotong daging kepada kepingan kecil, Amirul kemudian mengambil satu bongkah garam dari sebuah kotak yang dikenali sebagai cave salt untuk ditabur di atas stik berkenaan.
“Yang ini (stik) kita akan hidang dengan cave salt. Ini adalah garam, garam ini nilai dia adalah RM1,000 sekilo. Yang dekat Tesco tu RM2.50, yang ini sekilo RM1,000.
“Jadi kita hidang yang ini (cave salt) secara percuma,” katanya sambil berseloroh dengan pelanggan terbabit.
Sagat garam RM1,000 atas stik secara percuma kepada pelanggan
Amirul kemudiannya menggunakan penyagat untuk mengubah tekstur garam tersebut menjadi serbuk halus menghiasi permukaan stik tersebut.
Selain itu apa yang lebih unik, Amirul turut menggunakan lada berwarna merah jambu kerana kebiasaannya restoran lain menggunakan lada hitam sebagai hiasan untuk ditabur atas daging yang dihidang.
Cave salt RM1,000 berasal dari Sepanyol
Di ruangan komen, Amirul memaklumkan harga untuk daging bahagian tomahawk di kedainya sekitar RM230 bagi berat 800 gram serta boleh dimakan sekitar 2 hingga 3 orang.
Video yang dikongsikan oleh Amirul turut menarik perhatian ramai apabila menggunakan cave salt.
Malah ada yang turut memaklumkan mereka pertama kali mendengar jenis garam tersebut kerana ia tidak dijual di gerai mahupun pasar raya biasa.
Amirul juga memaklumkan garam tersebut berasal dari Sepanyol dan diambil dari dalam gua.