“Luar Flat Dalam Kondo” – Dekorasi Dalaman Rumah PPR Raih Pujian Ramai [Video]
Kediaman yang diubah suai itu terletak di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap dari kita pasti mengimpikan rumah yang selesa dan cantik. Mana tidaknya, di situlah tempat anda mahu meluangkan masa bersama keluarga serta berehat.
Oleh disebabkan itu, ramai di kalangan masyarakat yang berusaha selama bertahun-tahun untuk menyimpan wang bagi mengubah suai kediaman mereka.
Walaupun tidak begitu berkemampuan, golongan ini tidak berputus asa dan bersungguh-sungguh untuk mencantikkan tempat tinggal.
Baca Artikel Berkaitan: “Terus Jadi Kondo”- Penduduk PPR Bersatu Cantikkan Kediaman Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Baru Raya” – Deko Lampu Warna-warni Di Flat Sempena Aidilfitri Buat Orang Ramai Terpegun
Rumah PPR Diubah Suai Seperti Sebuah Kondominium
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@nurulsyazzz) apabila seorang wanita dikenali sebagai Nana berkongsi keadaan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Muhibbah milik ibu bapanya.
Menerusi video perkongsian, Nana memulakan ‘house tour’ dengan menunjukkan keadaan di koridor flat berkenaan. Pada mulanya, kediaman tersebut kelihatan seperti biasa sahaja sama seperti flat lama yang lain.
Namun lain pula situasinya apabila Nana mempamerkan hiasan dalaman rumah yang megah. Kelihatan kediaman PPR itu diubah suai seolah-olah sebuah rumah kondominium.
Nana telah memilih perabot berwarna putih antaranya rak kasut bertutup dan juga kabinet dapur. Susun atur setiap ruangan di dalam rumah itu juga kelihatan kemas dan rapi.
Bukan itu sahaja, pemilik rumah terbabit juga menambah siling kapur (plaster ceiling) yang membuatkan kawasan ruang tamu lebih menonjol.
Ubah Suai Rumah PPR Lepas 20 Tahun Buat Simpanan
Menurut Nana, si bapa telah menggunakan hasil titik peluh duit simpanan kerjanya untuk mengubah suai rumah yang sudah didiami selama 20 tahun itu. Tambah wanita itu, kos keseluruhan pengubahsuaian berkenaan adalah kurang dari RM50,000.
“POV: Luar PPR dalam kondominium,” kata Nana di ruangan kapsyen.
@nurulsyazzz POV : Luar PPR dalam Condo #house #afterrenovation #fyp #abcxyz #tiktokmalaysia #kualalumpur #rumahppr ♬ Tuhan Tak Pernah Janji – Jangan Pernah Menyerah – Debbie Great
Ramai Puji Inisiatif Penghuni Cantikkan PPR
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa kagum dan memuji tuan rumah sebaik melihat deko rumah PPR itu.
“Saya suka attitude macam ni. Rajin, kreatif dan adalah percuma!” kata seorang wanita.
Malah ada juga berkata bahawa inisiatif ibu bapa Nana untuk menaik taraf rumah boleh menjadi contoh kepada penghuni yang lain.
“Contoh baik. Rumah kecil atau besar kalau kita pembersih rumah memang cantik. Kalau sikap pengotor memang tak boleh. Cantik rumah,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu turut berpendapat bahawa penghuni akan sejuk hati selepas melihat rumah yang cantik itu.
“Balik kerja (duduk dalam rumah diubah suai) penat hilang terus 🥰,” jelas seorang individu.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Muda Ini Beli Rumah Lama Ketika Pandemik & Ubah Suai Jadi Cantik
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Persis Hotel Mewah!” – Penduduk PPR Bekerjasama Ubah Suai Kawasan Lif Jadi Lebih Cantik