Eksperimen Sosial Duit Tercicir, Lelaki Selamba ‘Rembat’ RM50 Depan Anak & Isteri Hamil [Video]
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan tahu bahawa wang yang tercicir itu milik individu lain, tetapi terus memasukkannya ke dalam poket seluar dan berlalu pergi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang dikenali sebagai Daus dari Sarawak melakukan video eksperimen sosial dengan menjatuhkan wang kertas bernilai RM50 di sebuah pusat membeli-belah di Kuching.
Eksperimen sosial itu dilakukan untuk melihat reaksi orang ramai sekiranya ternampak barang berharga milik seseorang tercicir di hadapan mata mereka.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok Daus (@firdausjaidil), duit RM50 itu dipegang di tanggannya sebelum ia sengaja dijatuhkan semasa dia sedang berjalan menuju masuk ke dalam sebuah kedai.
Lelaki ambil duit RM50 yang tercicir depan anak dan isteri
Apa yang mengejutkan, rakaman yang diambil daripada jarak jauh itu menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan-jalan dipercayai bersama anak-anak dan isterinya yang hamil telah mengambil wang kertas RM50 berkenaan.
Meskipun lelaki itu tahu bahawa wang berkenaan adalah milik Daus yang tercicir, tetapi dia terus memasukkannya ke dalam poket seluar di hadapan anaknya sebelum berlalu pergi.
Jelas tindakan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan memandangkan duit tersebut bukanlah haknya apatah lagi hukumnya juga haram untuk digunakan di dalam Islam.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sekiranya lelaki berkenaan memulangkan semula duit terbabit ketika tidak dirakam.
Lelaki bertopi baik hati, pulangkan duit tercicir dan tolak ganjaran kerana jujur
Eksperimen sosial yang sama turut dilakukan kepada individu lain, namun hasilnya ternyata berbeza.
Seorang lelaki bertopi yang melihat duit dipegang oleh Daus telah tercicir dengan pantas mengambil duit tersebut dan memulangkannya.
Selepas mengetahui perkara tersebut hanyalah eksperimen, lelaki bertopi berkenaan menolak ganjaran yang ingin diberikan oleh Daus.
Inilah tindakan yang sepatutnya dilakukan, kecuaian seperti barangan tercicir boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, namun itu bukanlah alasan untuk kita menghukum dengan tidak memulangkan hak orang lain.
Video eksperimen sosial raih perhatian ramai, warganet kecam lelaki ambil RM50
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 58 saat itu meraih lebih 148,000 tontonan dan kira-kira 3,800 tanda suka di TikTok.
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki berkenaan mengambil duit RM50 yang bukanlah haknya.
Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan apatah lagi ia dilakukan dihadapan anak-anak serta isteri.