fbpx
Now Reading
Tindakan PDRM Bayar Kos Servis Lepas Tahan Rider Langgar Lampu Merah Gara-gara Brek Rosak Raih Pujian [Video]

Tindakan PDRM Bayar Kos Servis Lepas Tahan Rider Langgar Lampu Merah Gara-gara Brek Rosak Raih Pujian [Video]

Menurut pekerja bengkel, pihak polis tersebut bukan sahaja membayar kos selenggara brek tetapi juga servis membaiki motosikal itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, setiap pengguna jalan raya perlu mematuhi setiap undang-undang yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Namun ada juga segelintir yang bertindak melanggar peraturan berkenaan meskipun mengetahui ia adalah satu kesalahan.

Pun begitu, sebagai manusia biasa kita pasti dapat menerima sekiranya perbuatan tersebut dilakukan kerana keadaan darurat atau kecemasan selagi ianya tidak membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Saga Gelupur Elak Motosikal Belok Sesuka Hati Raih Perhatian

2 Anggota PDRM Tahan Penunggang Motosikal Kerana Langgar Lampu Isyarat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@zukiy3044) apabila seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenali sebagai Mohd Dazuki bersama rakan sekerjanya sedang melakukan pemantauan di sebuah jalan raya sekitar Kota Setar, Kedah.

Menerusi video perkongsian, kelihatan anggota polis tersebut sedang menahan seorang penunggang motosikal kerana kesalahan melanggar lampu isyarat merah sebanyak dua kali.

Pada awalnya, Mohd Dazuki beranggapan bahawa si pelaku dengan sengaja tidak mematuhi peraturan jalan raya. Tetapi lain pula kisahnya apabila anggota polis itu mengetahui alasan sebenar penunggang motosikal berkenaan.

Menurut rider yang juga seorang bapa itu, kedua-dua brek kenderaan dua roda miliknya sudah rosak hingga menyebabkan dia terpaksa melanggar lampu isyarat terbabit.

Polis Anggap Situasi Ini Sebagai Satu Ujian Dari Tuhan Yang Maha Esa

Difahamkan, lelaki tersebut bersama isterinya tidak mampu untuk membayar caj membaik pulih motosikalnya itu. Cakna dengan nasib mereka, Mohd Dazuki bersama rakan sekerja menawar diri untuk membayar kos servis brek terbabit di bengkel.

Dalam hantaran itu juga, kelihatan kedua-dua pihak berkuasa itu menemani penunggang motosikal sekeluarga sementara menunggu kenderaan tersebut siap diselenggara.

“Niat nak bagi teguran sebab langgar lampu merah tiba-tiba jadi lain, Allah SWT uji kami di atas ujian orang lain,” kata Mohd Dazuki.

@zukiy3044 Allah Uji kite diatas ujian orang lain. #ipdkotasetar #poliskedah #kedah #pdrm ♬ suara asli – Allginanjar – allginanjar

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bantu Keluarga Susah Selepas Keluarkan Saman Raih Pujian Ramai

Ramai Puji Tindakan Anggota PDRM Kerana Bantu Penunggang Motosikal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan anggota polis yang prihatin terhadap kesusahan masyarakat.

Malah ramai juga memuji kerana pihak polis bertimbang rasa untuk mendengar alasan penunggang motosikal dan tidak terus mengambil tindakan atas kesalahan tersebut.

Sementara itu, pekerja bengkel berkenaan juga dilihat berterima kasih kepada pegawai polis kerana tidak berkira membantu penunggang motosikal terbabit.

“Saya sebagai pemilik kedai amat berterima kasih kepada abang polis yang membantu abang ini dan anak-anaknya. Bukan setakat tukar brek je, siap servis sekali (motosikal) untuk abang ni. Terima kasih kepada abang PDRM ni,” ujar seorang pekerja itu.

Sumber: TikTok (@zukiy3044)

Polis Bantu Lelaki Buntu Cari Kerja Untuk Sara Anak

Terdahulu, seorang anggota polis dikenali sebagai Fandy Fiera berkongsi kisah mengenai seorang lelaki yang dalam kesusahan dan buntu mencari pekerjaan.

Menurut Fandy, dia dan rakan sekerja yang menaiki Unit Kereta Peronda (MPV) polis telah ‘ditahan’ oleh seorang penunggang motosikal di jalan raya sewaktu melakukan Tugas Rondaan Cegah Jenayah.

Sumber: TikTok (@bigredmachine3196)

Pada awalnya, mereka beranggapan bahawa lelaki tersebut tersesat dan nak bertanya tentang arah jalan. Namun lain pula yang terjadi apabila lelaki yang juga seorang bapa itu mahu menjual jam tangan miliknya.

Menyedari situasi susah yang dialami oleh lelaki tersebut, Fandy bertindak menghulurkan sejumlah wang sebagai tanda sumbangan tanpa mengambil jam tangan berkenaan.

Allah Lipat Gandakan Pahala Buat Mereka Yang Bersedekah

Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak berkira untuk memberikan bantuan dan menghulurkan kebaikan kepada semua individu yang memerlukan.

Mana tahu, Allah SWT akan membalas dengan ganjaran pahala yang berlipat-lipat kali ganda.

Memetik hadis daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

“ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا”

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”

[Riwayat Muslim]

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Beli Barang Untuk Anak” – Lelaki ‘Tahan’ Polis Minta Tolong Beli Jam, Buntu Cari Kerja Tak Jumpa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bravo PDRM” – Aksi 3 Anggota Polis Selamatkan Mangsa Terperangkap Dalam Kebakaran Raih Pujian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.