“Attitude Out” – Aksi Tak Senonoh Lelaki Letak Kaki Atas Meja Makan Undang Kecaman [Video]
Menerusi video tular, kelihatan lelaki itu sedang meletakkan kaki kirinya di atas meja makan sebuah restoran sambil bermain dengan telefon pintar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila berada di luar rumah atau berjalan-jalan di tempat awam, adalah penting bagi setiap individu menjaga adab dan kelakuan diri.
Sebelum ini, pelakon popular iaitu Mierul Aiman berkongsi ciapan di laman X (Twitter) menunjukkan aksi tidak beradab di dalam sebuah panggung wayang. Kelihatan sekumpulan penonton selamba meletakkan kaki di atas tempat duduk dalam pawagam tersebut.
Ia bukan sahaja membuatkan orang lain berasa tidak selesa, tetapi menghalang pandangan para penonton daripada melihat skrin.
Baca Artikel Berkaitan: “Normal Ke Ni?” – Pelakon Persoal Sikap Individu Selamba Letak Kaki Atas Tempat Duduk Di Pawagam
Lelaki Selamba Letak Kaki Atas Meja Di Kedai Makan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ragu8821) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ragu berkongsi suasana di sebuah kedai makan mamak.
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang pakcik yang juga pelanggan restoran berkenaan sedang duduk berdekatan dengan meja Ragu.
Namun perkara mengundang perhatian adalah kelakuan tidak senonohnya yang meletakkan kaki sebelah kiri di atas meja makan. Lelaki terbabit melakukan aksi sebegitu sambil bermain telefon pintarnya.
Walaupun terdapat juadah di hadapan mata, pelanggan itu seolah-olah tidak mempedulikan perkara tersebut. Lebih teruk lagi adalah seorang wanita dipercayai isterinya dilihat sedang menjamu selera di meja yang sama.
Wanita terbabit bagaimanapun tidak mengendahkan perkara itu dan hanya menikmati makanannya. Reaksi kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan kelihatan seolah-olah perbuatan itu selalu dilakukan sebelum ini.
“B*doh punya orang. Tempat makan untuk makan ya bukan goyang kaki dekat meja,” kata Ragu di ruangan kapsyen.
@ragu8821 Bodoh punya org….tempat makan utk makan ye …bukan utk goyang kaki dekat meja
♬ original sound – Ragu Nath208
Ramai Tak Puas Hati Pakcik Letak Kaki Atas Meja Makan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang melihat pakcik yang meletakkan kakinya di atas meja.
“Kalau dekat kedai dah macam ni. Dekat rumah tak tahulah. Naik atas meja terus kot,” kata seorang wanita.
Malah ramai yang berpendapat bahawa individu yang berada di sekeliling perlu menegur aksi tersebut agar ia tidak dinormalisasikan.
“Sepatutnya pekerja kedai perlu tegur (pelanggan) secara baik,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga beberapa individu mendedahkan kelakuan pelanggan lain sewaktu berada di kedai makan.
“Ada juga jenis yang ludah dan keluarkan kahak sambil berbunyi-bunyi di singki. Kedai makan kot, orang geli,” kata seorang lelaki.
Wanita Tukar Lampin Anak Di Medan Selera
Terdahulu, kecoh juga di media sosial apabila pengunjung di sebuah medan selera sekitar VivoCity, Singapura berkongsi pengalaman kurang menyenangkan semasa berada di lokasi berkenaan.
Menurut individu tersebut, seorang wanita dengan bersahaja menukar lampin anaknya di tempat umum sewaktu para pengunjung sedang menjamu selera.
Lebih geli lagi apabila wanita terbabit membersihkan punggung kanak-kanak itu menggunakan tisu basah dan membiarkan si kecil berdiri di atas kerusi tanpa memakai lampin baharu atau seluar.
Si ibu bagaimanapun telah ditegur oleh pengurus premis selepas menerima aduan daripada pengunjung medan selera.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Di Singapura Selamba Tukar Lampin Anak Di Medan Selera
Adab Berada Di Kedai Makan
Penting untuk setiap individu sentiasa cakna tentang perkara yang boleh dan harus dielakkan semasa berada di tempat awam khususnya di kedai makan.
Di sini kami kongsikan beberapa adab dan ‘common sense’ yang perlu diberi perhatian. Antaranya:
- Minta izin dari pelanggan di meja sebelah jika ingin menggunakan kerusi yang lebih.
- Masukkan semula kerusi di bawah meja selepas selesai makan.
- Beratur dan menunggu giliran masing-masing jika memesan makanan di kaunter.
- Tidak memasang audio daripada gajet anda dengan terlalu kuat.
- Ringankan mulut untuk ucap terima kasih jika ada pekerja kedai makan yang sudi membantu.
- Renjis air menghala ke singki selepas basuh tangan.
- Dilarang merokok di kedai makan.
- Susun pinggan mangkuk agar mudah pelayan nak angkat sejurus selepas makan.
- Tidak membuang sampah merata tempat.
- Menikmati juadah dengan sopan dan tidak membuat bunyi yang kuat semasa mengunyah makanan.
- Mengawal tingkah laku anak dan tidak membiarkan mereka mengacau pelanggan lain.