“Jom Kita Kira Modal” – Dituduh Jual Set Sate Harga Isr**l, Mark Adam Tampil Beri Penjelasan [Video]
Jelas Mark, sate yang dibalut dengan kulit popia itu adalah bersaiz 30 gram dan menggunakan daging premium yang diambil dari kilang khas pembuatan sate.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada ketika ini, ramai selebriti di Malaysia dilihat mula menceburi bidang perniagaan khususnya produk makanan.
Penyanyi Mark Adam juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam dunia bisnes dengan menjual set sate yang dikenali sebagai Satay Bhalut.
Difahamkan, Mark baru sahaja memulakan perniagaan tersebut beberapa hari yang lalu dan orang ramai boleh mendapatkan produk jualannya di festival makanan yang kini sedang berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Walau bagaimanapun, harga jualan set sate penyanyi itu mula menjadi bualan hingga ada yang mendakwa Mark mengenakan harga Israel serta berpendapat ia tidak berpatutan.
Mark Adam jual satu set satay kambing macamni RM24.90. Boleh tahan juga harganya.
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) January 1, 2025
Ni kalau bawak RM100 pergi food fest, mungkin boleh bawak 1-2 plastik makanan je 🤔 pic.twitter.com/L5t0tTzvIJ
Mark Adam Beri Penjelasan, Kira Modal Set Sate Jualan
Terbaharu, Mark yang juga seorang pelakon tampil memberi respon berhubung dakwaan sesetengah pihak yang menganggap harga set sate yang dijual agak mahal.
Malah menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, dia turut mengira kos dan modal di sebalik pengeluaran produk tersebut.
Difahamkan, harga jualan set yang terdiri daripada tiga cucuk sate termasuk air blue lemon bermula dengan harga RM19.90 bagi set sate ayam, set sate daging berharga RM21.90 manakala RM24.90 bagi set sate kambing.
Jelas Mark, sate yang dibalut dengan kulit popia itu adalah bersaiz 30 gram dan menggunakan daging premium yang diambil dari kilang khas pembuatan sate.
“Kita ikut harga pasaran bukan ikut harga kilang. Ini belum kilang ambil untung daripada saya. Kita ikut harga pasaran, kita pilih yang tak mahal sangat la, 500 gram RM30 la kita letak, RM2.50 modal untuk satu cucuk sate saya sebelum kilang minta untung.
“Ada tiga cucuk kan, RM7.50. Air yang kita guna, cawan dia RM2 ke RM3, dua air dicampur dengan limau, harga modal kita letak RM3 la, so dah RM10.50.
“Logistik, kita banyak barang nak datang sini (Shah Alam), kita daripada Ampang, logistik dalam seribu lebih datang sini, pergi balik. Kita letak RM2 sahaja, dah RM12.50.
“Wrap, popia dia, untuk tiga cucuk kita letak RM1,” jelas Mark.
Kos Pembayaran Pekerja & Sewaan Tapak Turut Termasuk Dalam Pengiraan Kos
Melalui perkongsian itu juga, Mark yang mula dikenali dari lagu Pencuri itu turut mengira kos pembayaran gaji bagi 10 orang pekerja baharunya serta sewa tapak di festival makanan tersebut.
“Saya dan partner dah bincang, kita bagi gaji dalam tiga hari RM500, kalau ada untung kita bagi lebih. Gaji budak kita letak dekat sini RM2 sahaja dalam set yang korang beli.
“Dalam Satay Bhalut ni dah ada kuah kacang, kita juga bagi extra satu cawan kuah kacang, kita letak RM1.50, dah RM17.
“Transport, maintenance, petrol dan runner kita letak RM1, tapak, barang maintenance, decoration (hiasan), kita letak RM1,” jelas Mark lagi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan modal bagi set sate jualannya adalah RM19. Malah, Mark juga turut membuat perkiraan yang menunjukkan dia hanya memperoleh keuntungan sebanyak RM2.90 bagi satu set jualan tersebut.
“Inikah harga Israhel? Bayangkan ada 1,000 pelanggan beli. Untung RM2,900, saya nak tanya awak, adakah ini cukup untuk bayar tapak?” tanya Mark.
Faham Cabaran Yang Dihadapi Peniaga Lain
Melalui perkongsian itu juga, Mark turut memohon maaf jika ada yang tersinggung kerana dia masih baru dalam bidang tersebut.
Jelas Mark lagi, dia kini memahami dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh peniaga-peniaga lain selepas kejadian berkenaan.
Tidak memikirkan untung yang besar, dia turut meminta pihak yang mempersoalkan harga tersebut untuk membuat perkiraan sendiri kos berkenaan.
“Minta maaf sangat kalau ada yang tersinggung, semoga sihat selalu. Jangan lupa support peniaga di luar sana,” katanya lagi.
Ramai Setuju & Tunjuk Sokongan Terhadap Mark Adam
Video tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menunjukkan sokongan terhadap penyanyi tersebut.
Bagi mereka, menjual makanan sememangnya melibatkan kos yang tinggi apatah lagi harga bahan mentah yang semakin meningkat.
Tidak hanya itu, ada di antara mereka yang pernah mencuba set sate jualannya berpendapat harga yang dikenakan amat berbaloi.
Berikut antara komen pengguna Instagram:
“RM21.90 Untuk Set Sate Besar Macam Tu Saya Rasa Okay Lagi, Kalau Sedap, Mahal Pun Orang Sanggup Beli”
“Bisnes Makanan Banyak Kos Yang Kita Tak Nampak. Kepada Pelanggan, Kalau Rasa Bukan Kadar Anda Untuk Membeli, Jangan Bagi Komen Negatif”
“Sedap, Sumpah! Saya Dah Rasa, Harga Memang Berbaloi”
Baca Artikel Berkaitan: