![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2025/01/squid-game-permainan-tradisional-720x420.jpg)
Pelakon ‘Squid Game 2’ Teruja Cuba Permainan Tradisional Dari Malaysia [Video]
Pelakon-pelakon Korea Selatan dari drama popular Squid Game 2 telah mencuba beberapa permainan tradisional Malaysia seperti Batu Seremban, Sepak Takraw dan Guli Panjang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau anda lalu di sekitar MRT Ampang Park, jangan terkejut jika ternampak wujudnya satu patung besar permainan ‘Red Light, Green Light’ dalam drama bersiri Squid Game di tengah-tengah kawasan.
Bila melihat patung tersebut, terus terkeluar bunyi ‘Mugunghwa kkoci pieot seumnida’ dalam kepala.
Kelibat sekumpulan individu yang memakai sut berwarna merah dengan topeng seperti dalam Squid Game yang berada di dalam stesen berkenaan pun boleh tahan ‘seram’ juga.
Baca Artikel Berkaitan: “Come And Play Ddakji” – Squid Game Takes Over MRT Ampang Park
Pelakon Squid Game Cuba Permainan Tradisional Di Malaysia
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@netflixmy), beberapa pelakon dari siri popular dari Korea Selatan itu diberi peluang untuk mencuba sendiri permainan tradisional dari Malaysia pula.
Nampak macam senang, tapi bila dah main nanti baru tahu betapa mencabar sebenarnya permainan tersebut. Belum cuba, belum tahu!
Antara permainan yang diperkenalkan adalah Batu Seremban.
Dalam aktiviti ini, pelakon Park Sung-hoon yang memegang watak sebagai Player 120 telah membaca kad yang menyatakan asal usul permainan ini sebelum cuba bermain Batu Seremban.
Boleh tahan hebat juga Sung-hoon berjaya habiskan sehingga Tahap 4. Kalau dalam Squid Game ni, dah kira selamat dah dari ditembak oleh Pink Soldier.
Aksi pelakon itu bermain Batu Seremban itu meraih 3.3 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.
@netflixmy Fuh, Park Sung-hoon ni macam pernah main Batu Seremban je 🔥 #SquidGame2 #SquidGame #SembangEntertainment #NewReleases #KDramas #KDramaLovers #DramaTikTok #WhatToWatch #TVRecommendations #NetflixMY #FlixReview
♬ original sound – Netflix Malaysia – Netflix Malaysia
Selain Sung-hoon, pelakon lelaki Kang Ha-neul atau Player 388 bernama Kang Dae-ho dalam Squid Game 2 juga telah mencuba satu permainan tradisional Malaysia iaitu Guli Panjang.
Syarat untuk lulus permainan ini adalah Ha-neul perlu mendapatkan lima atau lebih guli dengan cara membalingnya. Tetapi pelakon ini tidak berjaya mendapatkan walaupun satu guli.
Dengan senyuman sambil menahan ketawa, pelakon tersebut berkata “Minta maaf. Tolong jangan tembak saya.”
@netflixmy Bukan Kang Ha-neul je yang rasa nervous nak main guli, Min tengok video ni pun dah rasa takut 😅 #SquidGame2 #SquidGame #SembangEntertainment #NewReleases #KDramas #KDramaLovers #DramaTikTok #WhatToWatch #TVRecommendations #NetflixMY #FlixReview
♬ original sound – Netflix Malaysia – Netflix Malaysia
Sepak Takraw juga merupakan salah satu permainan yang dicuba oleh pelakon Dong-geun atau Player 007 dalam Squid Game 2.
Bak kata pelakon ini, permainan tersebut nampak sahaja macam senang. Tapi bila sudah cuba sendiri, memang mencabar sungguh.
Malah, Dong-geun juga sudah mencuba pelbagai cara untuk menimbang bola lebih daripada tiga kali namun gagal.
@netflixmy Apa Yang Dong-geun cakap tu betul: Sepak Takraw nampak senang, tapi bila cuba sendiri… bukan mudah ye 😂 #SquidGame2 #SquidGame #SembangEntertainment #NewReleases #KDramas #KDramaLovers #DramaTikTok #WhatToWatch #TVRecommendations #NetflixMY #FlixReview
♬ original sound – Netflix Malaysia – Netflix Malaysia
Rakyat Malaysia Teruja Lihat Pelakon Squid Game Handal Permainan Tradisional
Rata-rata masyarakat meluahkan rasa teruja selepas melihat bagaimana beberapa pelakon dari Korea Selatan itu mencuba permainan tradisional di Malaysia.
Malah, ada juga sesetengah netizen yang kagum melihatnya kerana mengakui bahawa mereka sendiri tidak mahir dalam permainan berkenaan.
“Saya yang dari duduk Malaysia pun tak lepas nak main Batu Seremban Tahap 1,” ujar pengguna TikTok.
Sementara itu, seorang lagi netizen yang terkejut apabila melihat pelakon Dong-geun yang membuka kasutnya ketika bermain Sepak Takraw.
“Berani betul dia cabut kasut untuk main Sepak Takraw, sakit tu,” kata netizen.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2025/01/squid-game-permainan-tradisional-1.jpg.webp)
Drama Netflix Popular Dari Korea Selatan Squid Game
Siri Squid Game musim kedua baru sahaja ditayangkan di Netflix pada 26 Disember 2024 yang lalu dengan tujuh episod yang penuh dengan cabaran dan debaran.
Plot twist bagi musim kali ini memang terkejut sungguh!
Bagi anda yang belum tengok lagi Squid Game musim pertama, siri ini berkisahkan tentang 456 pemain yang berhadapan dengan masalah kewangan dan sanggup bertaruh nyawa untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM138,943,922 (45.6 bilion Won).
Namun, mereka perlu mengharungi beberapa permainan tradisional kanak-kanak dengan risiko yang boleh membahayakan keselamatan diri mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Penangan Squid Game, Jualan Kasut Vans Slip-On Meningkat 7,800%
Baca Artikel Berkaitan: Tanpa Kekejaman & Hukuman Mati, Permainan ‘Squid Game’ Sebenar Akan Dianjurkan Di Abu Dhabi
Baca Artikel Berkaitan: The Real Squid Games Are Also In Our Malaysian Childhood Games