Pening Dengan Ragam Pelanggan, Gelagat Peniaga Beri Nasihat Curi Perhatian [Video]
Peniaga wanita yang dikenali sebagai Ain itu turut mendakwa ada pelanggan yang hanya mahukan udang dalam menu Shell Out jualannya yang berharga RM3 itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menjadi seorang peniaga bukanlah satu tugas yang mudah lebih-lebih lagi peniaga makanan.
Selain daripada kos bahan mentah yang semakin meningkat naik, cabaran utama yang terpaksa dihadapi adalah ragam pelanggan. Yelah, setiap pelanggan mempunyai ragam mereka tersendiri.
Walaupun harga makanan yang dijual berpatutan dan kena dengan portion, ada segelintir individu yang kadang kala mempersoal serta membuat permintaan yang tidak masuk akal.
Keadaan ini memaksa sesetengah peniaga untuk tampil membuat penjelasan dengan cara mereka sendiri bagi memberi pemahaman kepada individu berkaitan.
Jual Makanan RM3 Tapi Pelanggan Minta Kos Penghantaran Percuma
Pening dengan ragam pelanggan, seorang peniaga makanan menjadi perhatian ramai gara-gara gelagatnya yang memberi nasihat kepada pelanggan.
Menerusi video dikongsikan di TikTok @the3ringgit, peniaga wanita yang dikenali sebagai Ain itu menjelaskan kesemua makanan yang dijual di premis miliknya hanya berharga RM3.
“Makanan aku semuanya satu RM3, siapa yang order (pesan) pun tetap RM3, kita tak ada portion RM6 ke RM8 ke, RM10,” katanya.
Apa yang menjadi perhatian adalah gaya wanita itu yang ‘menyekolahkan’ segelintir pelanggannya yang membuat permintaan tidak masuk akal antaranya seperti mahu kos penghantaran secara percuma.
“Kita tak ada free Lalamove dik. Akak dah jual murah dik. Adik jangan merentan-rentan eh. Semua nak percuma je hidup kau.
“Tak ada, Lalamove kena bayar sendiri tak pun pick up (ambil) je dekat kedai akak eh,” terangnya.
Ada Yang Siap Buat Permintaan, Hanya Udang Dalam Menu Shell Out
Malah, wanita itu mendakwa ada pelanggannya yang hanya mahukan udang dalam menu Shell Out jualannya yang berharga RM3 itu.
“Lepas tu, ‘akak saya tak suka makan cengkerang-cengkerang, saya nak udang je’, akak punya Shell Out tu RM3, bukan RM30. Jangan nak request yang bukan-bukan.
“Akak dah jual cukup main murah, kau merentan-rentan eh. Lepas tu, viralkan, kata portion sikit, RM3 what you expect, bukan RM30,” jeritnya dalam nada bergurau.
Difahamkan, kedai jualan wanita itu terletak di Bukit Lintang, Melaka.
Ramai Terhibur & Tak Sangka Ada Pelanggan Buat Permintaan Tak Masuk Akal
Video yang telah mendapat lebih 2.5 juta tontonan dan turut dikongsikan di platform X itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat Ain yang dilihat tegas namun bersahaja ketika memberi peringatan kepada pelanggannya itu.
Malah, ada pengguna yang tidak menyangka masih ada segelintir individu yang sanggup meminta kos penghantaran percuma walaupun harga jualan makana yang dijual olehnya amat murah.
Tidak kurang ada yang berkongsi pengalaman sendiri telah berkunjung ke gerai jualan wanita itu.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Tak Beragak Ye Yang Minta Free Lalamove”
“Dah Shopping Dekat Kedai Ain, Shell Out RM3, Nasi Ayam, Nasi Dengan Daging Tetel, Dessert Semua RM3”
“Kedai Ain Ni Memang Murah, Portion Makanan Dia Pun Puas Hati, Banyak. Beragak Le Yang Nak Free Lalamove Tu”
“Akhirnya, Nampak Pun Peniaga Mengajar Pelanggan Apa Yang Betul, Apa Yang Salah”
“Kelakar La Akak Ni”
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Kukus RM3.50 Raih Pujian, Siap Tawar Percuma ‘Refill’ [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Hujan Panas Siap Lauk Ayam Harga RM3 Raih Pujian [Video]