fbpx
Now Reading
Penumpang Tidur Dalam Kereta & Tak Nak Bangun Buat Pemandu E-hailing Pening Kepala [Video]

Penumpang Tidur Dalam Kereta & Tak Nak Bangun Buat Pemandu E-hailing Pening Kepala [Video]

Menerusi video tersebut, Amirul telah cuba bermacam-macam cara untuk mengejutkan ketiga-tiga penumpang namun usahanya masih gagal apabila mereka dilihat masih lena tidur di tempat duduk belakang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di zaman teknologi kini ramai yang telah mula menggunakan perkhidmatan kenderaan e-hailing apabila ingin ke sesuatu destinasi.

Ini kerana, ia lebih mudah kerana mereka hanya perlu membuat pesanan menerusi sesebuah aplikasi dan memilih waktu serta harga yang diinginkan.

Bukan hanya itu, kenderaan yang digunakan oleh kebanyakan pemandu e-hailing juga sangat selesa dan mesra penumpang.

Pemandu e-hailing kongsi ragam penumpang tak nak bangun tidur

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pemandu e-hailing telah berkongsi ragam tiga penumpangnya sewaktu sedang bertugas sehingga menarik perhatian.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Amirul Auzai, awalnya kelihatan dia membuat rakaman apabila sampai ke destinasi yang ingin dituju oleh tiga orang penumpangnya.

Namun ketika sampai ke destinasi kelihatan tiga orang lelaki itu tidur dalam kenderaan tersebut dan Amirul cuba untuk mengejutkan mereka.

Cuba macam-macam cara untuk kejutkan penumpang

Awalnya dia cuba untuk mengerakkan lutut kaki penumpang yang duduk di bahagian tengah, tetapi lelaki itu masih tidak sedar.

Ekoran itu Amirul lalu cuba untuk menepuk tangannya dengan kuat agar ketiga-tiga penumpang itu bangun, namun cubaannya masih gagal apabila mereka masih belum sedarkan diri.

Amirul menyangka mungkin ketiga-tiga penumpang itu penat kerana baru meraikan tahun baru pada 1 Januari.

“Agaknya dia (penumpang) penat new year semalam (1 Januari) kot. Nasib tak ada air kalau tak aku siram dah.

“Aku dah pening tak tahu nak buat apa (untuk kejutkan penumpang),” katanya berseloroh sambil cuba mengejutkan penumpang tersebut.

Dia lalu mendapat satu idea untuk membuka pintu belakang memandangkan penumpang di belakang tempat duduk pemandu tersandar di tepi pintu.

“Masa ni aku cuba kejut yang sandar dekat pintu sebab dia bertiga. Terlintas idea, aku buka pintu dengan harapan dia jatuh, dia terbangun,” ujar Amirul sambil keluar dari keretanya untuk membuka pintu belakang.

Walau bagaimanapun usahanya itu masih gagal apabila penumpang berbaju hitam yang sandar di tepi pintu itu tersendar namun meminta Amirul untuk pergi dan tidak menganggu tidurnya.

Penumpang berbaju hitam berkenaan turut cuba menutup pintu tetapi ditahan oleh Amirul.

Ramai terhibur dan bagi macam-macam cadangan

Melihat di ruangan komen, ada yang terhibur melihat gelagat penumpang yang dikongsikan oleh Amirul.

Malah ada yang memberikan pelbagai cadangan untuk digunakan oleh Amirul agar penumpang tersebut bangun dan beredar dari keretanya.

Amirul di ruang komen turut memaklumkan mereka akhirnya turun selepas rakan berbaju hitam tersebut sedar.

Ada juga mengatakan penumpang tersebut pasti sedang mimpi indah sehingga membuatkan mereka tidak mahu bangun dari tidurnya.

“Yang waktu kau keluar kereta kejut dia tu, mesti dia ingat kau jual asam atau buah bang. Sebab tu dia tak nak”

“Turun-turun dah sampai. Bukan tak nak, kau boleh nak sambung tidur balik tutup pintu macam tak ada apa 😂”

“Kalau aku ikhtiar terakhir aku buka lagu kuat-kuat, i feel good!”

“Eh dia boleh pula tak nak keluar, dia mesti tengah mimpi dalam perjalanan tak sampai lagi tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.