“Sambut New Year Cara Baru”-Gelagat Orang Ramai Beriktikaf Di Masjid Undang Sebak [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan ramai yang menyertai program di Masjid Putrajaya yang diadakan pada malam tahun baru 2025.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (1 Januari) merupakan salah satu tarikh penting buat semua individu apabila kita semua telah masuk ke tahun yang baharu iaitu 2025 dan meninggalkan 2024 penuh kenangan serta pengajaran.
Ketika menyambut ambang tahun baru kebiasaannya ramai berkunjung ke dataran untuk meraikannya bersama rakan dan melihat pertunjukan bunga api yang dibakar tepat jam 12 malam.
Tak dinafikan ia merupakan perkara yang menyeronokkan untuk melihat kecantikan bunga api namun setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk meraikannya.
Lelaki kongsi momen indah ketika raikan tahun baru di masjid
Baru-baru ini, seorang lelaki telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi momen indah di sebuah masjid sewaktu malam tahun baru.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ameer Hakim di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang berada di Masjid Putra, Putrajaya ketika malam tahun baru.
Ramai ambil peluang beriktikaf dan qiamulail dekat masjid ketika tahun baru 2025
Dalam video itu, kelihatan ramai jemaah lelaki yang mengambil peluang untuk meluangkan masa beriktikaf di masjid berkenaan sempena menyambut tahun baharu yang juga jatuh pada 1 Rejab mengikut kalendar Islam.
Apa yang lebih menarik jemaah yang dilihat beriktikaf di dalam masjid itu kebanyakannya adalah anak muda.
Kelihatan dalam video setiap ruang dipenuhi dengan anak-anak muda yang sedang tidur sebelum menunggu pagi untuk melakukan ibadah qiamulail bersama-sama.
Selain itu, ada juga yang dilihat sedang menunaikan solat sunat dan berdoa sementara menunggu waktu qiamulail.
Ramai puji jemaah yang hadir dan sertai program yang bagus
Melihat di ruangan komen, Ameer memaklumkan mereka yang beriktikaf di masjid tersebut kerana menyertai Program Gema Syukur.
Katanya selain lelaki, program tersebut turut disertai oleh jemaah wanita dan mendapat sambutan yang meriah.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan segelintir pengguna media sosial berasa sebak dan memuji setiap yang hadir ke program berkenaan.
Malah ada yang menggalakkan agar program sebegini diperbanyakan lagi kerana ia adaalah cara yang terbaik untuk meraikan tahun baru dengan ibadah serta kesyukuran atas setiap rezeki Allah SWT.