fbpx

“Wujud Lagi Jenis Ni?” – Kereta Terlalu ‘Lowered’ Hingga Sukar Bergerak Raih Kecaman Ramai [Video]

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook Galeri Kereta, kelihatan sebuah Proton Waja mengalami kerosakan akibat modifikasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Malaysia, banyak pemilik kereta yang suka mengubahsuai kenderaan milik mereka agar kelihatan lebih cantik atau ‘sporty’.

Bagaimanapun, tidak semua modifikasi dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas faktor keselamatan jalan raya.

Malah, ada sesetengah ubahsuai yang dilakukan itu mengundang rasa kurang senang bagi individu lain seperti merendahkan kenderaan atau dalam bahasa lain ‘lowered’.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan beberapa kenderaan yang diubah suai menjadi terlalu rendah di sebuah acara autoshow.

Proton Waja terlalu lowered sampai absorber tercabut

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook Galeri Kereta, kelihatan sebuah Proton Waja mengalami kerosakan akibat modifikasi terbabit.

Pemilik Proton Waja berkenaan menyatakan keretanya tidak lagi dapat bergerak kerana ‘absorber’ pada kenderaan itu sudahpun tercabut.

Susulan itu, orang ramai yang berada di acara berkenaan terpaksa membantu mengalihkannya dengan cara menolak beramai-ramai.

Proton Gen2 lowered sampai susah bergerak, terseret atas jalan

Dalam video sama, kelihatan sebuah lagi Proton Gen2 berwarna hitam turut diubahsuai menjadi rendah.

Meskipun kenderaan tersebut tidak mengalami kerosakan, namun ia amat sukar untuk bergerak memandangkan bahagian bawahnya telahpun mencecah jalan.

Tidak hanya itu, radius pusingan tayar yang dapat dilakukan oleh kereta terbabit juga terbatas tidak seperti kenderaan biasa.

Malah, Proton Gen2 berkenaan juga terpaksa ditolak beramai-ramai di kawasan permukaan jalan yang sedikit tidak rata akibat tersangkut.

Foto: Galeri Kereta

Bagaimanapun, tidak pasti jika kedua-dua kereta ini dipandu di atas jalan raya atau hanya dibawa untuk pameran ‘autoshow’ sahaja.

Ramai kecam, tak setuju dengan modifikasi lowered kereta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dilihat tidak bersetuju dengan modifikasi merendahkan kereta.

Hal ini kerana ia dilihat lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan pengubahsuaian itu.

Memetik lawan web Mekanika, antara keburukan merendahkan kereta adalah seperti pemanduan menjadi tidak selesa, komponen mekanikal cepat rosak, tayar cepat haus dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: “Buat Sakit Mata” – Kereta Tukar Lampu Undur Warna Putih Berkelip-kelip Undang Perdebatan Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.