fbpx
Now Reading
Anak Murid Buat Prank Untuk Raikan Hari Jadi Ustazah Buat Ramai Sebak [Video]

Anak Murid Buat Prank Untuk Raikan Hari Jadi Ustazah Buat Ramai Sebak [Video]

Jelas Ustazah Rafikah awalnya anak muridnya itu meminjam telefon kononnya ingin menghubungi ibu sebelum membuat rakaman sambutan hari jadi tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang yang bergelar pendidik pastinya menyayangi setiap anak muridnya meskipun adakala terpaksa bersikap tegas kerana ingin membentuk mereka menjadi insan berguna dan berdisiplin.

Namun karakter seorang guru yang seperti ibu dan bapa di sekolah ini turut membuat murid-murid berasa senang dan mencipta hubungan mesra.

Malah ada yang sanggup memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada guru berkenaan.

Ustazah terharu tak sangka anak murid nak raikan hari jadi

Perkara sama turut dilakukan oleh anak-anak murid seorang ustazah ini apabila mereka membuat kejutan dengan memberikan hadiah sempena hari jadi guru terbabit.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ustazah Rafikah di TikTok, awalnya kelihatan seorang murid perempuan mendekati guru berkenaan dan memintanya untuk menutup mata dan menghulurkan tangan.

Dalam pada masa sama beberapa anak murid memegang tangan ustazah tersebut untuk dia menghulurkan tangan. Meskipun tidak pasti apa yang cuba dilakukan oleh anak muridnya namun Rafikah kelihatan akur dan menutupkan matanya.

Bagi coklat dan biskut kepada ustazah sebagai hadiah hari jadi

Sebaik menutup mata, anak muridnya itu mengira 1,2 dan 3 sebelum meletakkan hadiah yang terdiri daripada makanan ringan seperti coklat dan biskut.

“Happy birthday ustazah. Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Ustazah Rafikah. Happy birthday to you,” nyanyi murid itu untuk guru kesayangannya.

Sebaik melihat semua hadiah yang diterima, ustazah kemudian tersenyum kerana terharu dengan penghargaan diberikan oleh anak murid.

Dalam senyuman Ustazah Rafikah turut mengucapkan terima kasih kepada anak muridnya.

“Masuk kelas anak murid nak pinjam telefon nak hubungi ibu katanya. Ustazah pun bagi, rupanya nak buat prank ya.

“Maaflah muka ustazah memang berkerut dan garang tapi tulah hari-hari kena marah tak makan saman, tetap hari-hari salam cium tangan. Nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan?

“Banyak kali dia orang tanya ‘bila birthday ustazah ya?’ takkan jumpa birthday ustazah, sebab selalu jatuh cuti sekolah.

“Hai lah anak-anak, tetap lah kamu semua jadi anak soleh dan solehah jaga adab walau ke mana kamu berada. Ustazah doakan yang terbaik buat semua,” kata Ustazah Rafikah di ruang kapsyen.

@iekaabieyd

Masuk kelas,anak murid nak pinjam fon,nak call ibu katanya,Ustazah pun bagi,rupanya nak buat prank ye 😌 Maaflah,muka Sazah memang berkerut + garang,tapi tulah,hari2 kene marah,tak makan saman,tetap hari2 salam cium tangan, 🥺 ‘ Nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan? ‘ 🥲 Banyak kali dorang tanya, ‘ bila befday Ustazah ? ‘ takkan jumpa befday Sazah,sebab selalu jatuh cuti sekolah 😂’ Hai lah anak2, tetap lah kamu semua jadi anak soleh dan solehah,jaga adab walau kemana kamu berada, Sazah doakan yg terbaik buat semua ❤️ Dalam garang,Sazah nak menangis sebenarnya, sedih berbaki berapa hari lagi kita nak berakhir sesi, Korang doakan,anak2 ini Cemerlang dan Mumtaz UPKK nanti 🤲 #SayangKorang ,❤️

♬ original sound – Nashrul Sekon – Nashrul Sekon

Ramai yang sebak lihat gelagat anak murid raikan hari jadi ustazah

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat gelagat anak murid Ustazah Rafikah yang mengingati hari jadi guru mereka.

Ada juga yang menyifatkan Ustazah Rafikah seorang yang baik sehingga membuatkan anak murid begitu menyanginya.

“Dah datang dah hobi masa lapang aku ‘menangis untuk orang yang aku tak kenal’ aishh penat lah.”

“Tahun ni, pelajar kelas tahun 3 buat kejutan birthday untuk saya. Siap dia orang bawak satu flusk nasi lemak, ayam masak merah, kek 2 biji. Terharu”

“Punya garang muka ustazah tapi murid-murid ni memang berani buat kejutan macam ni. Memang ikhlas dia orang ni sayangkan guru-gurunya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.