Baru Berazam Depan Suami Tak Nak Shopping Online, Hari Kedua Tahun Baru Kantoi Parcel Dah Sampai Rumah [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah wanita berkenaan hanya tersenyum ketika dibebel oleh suaminya yang pada ketika itu seakan mengadu kepada individu yang menghantar barang tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masuk je tahun baru, setiap individu pasti sudah tetapkan azam yang ingin mereka capai.
Bagi kebanyakan wanita, selain berazam untuk kurangkan berat badan, hasrat untuk berjimat dan kurangkan aktiviti membazir duit seperti membeli-belah juga turut tersenarai.
Malah, ada yang sanggup menunjukkan azam mereka di hadapan orang terdekat seperti suami atau rakan baik sebagai bukti betapa mereka serius untuk mencapai matlamat tersebut
Wanita Kantoi Shopping Online Depan Suami
Lain pula dengan wanita ini yang kantoi membeli barang secara dalam talian (online) apabila barang yang dipesan sampai ke rumahnya pada hari kedua tahun baharu.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @kaartik_rk, perbuatan wanita itu sempat ditangkap dan dirakam oleh suaminya sendiri.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat wanita itu membuka pintu dan mengambil sendiri bungkusan barang daripada kurier penghantaran.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia hanya tersenyum ketika dibebel oleh suaminya yang pada ketika itu seakan mengadu kepada individu yang menghantar barang tersebut.
“Bang, 2025, ini tahun baharu ha, ini first parcel saya punya rumah. Abang start dengan first parcel.
“Tak tahulah, hari ini baru dua hari bulan, nanti Disember 2025 tak tahu berapa parcel dia sudah terima. Ini orang banyak habis saya punya duit la,” kata lelaki berkenaan.
Malah, si suami turut berseloroh mengajak pengikutnya untuk menyertai misi mengira parcel yang diterima.
“Hari kedua dalam tahun baru, first parcel dah terima. Sehingga Disember 2025, entah berapa parcel lagi? Siapa nak join counting mission?” tulis lelaki berkenaan menerusi ruang kapsyen.
Pernah Buat Azam Tak Nak Shopping Online Tanpa Kebenaran Suami
Lebih mencuit hati, wanita itu pernah berazam di hadapan suaminya bahawa dia tidak akan membeli-belah secara dalam talian tanpa kebenaran si suami dalam video berasingan.
“Tanpa kebenaran kamu, saya takkan beli apa-apa dalam talian,” kata wanita itu.
Ramai Terhibur & Dapat Relate Situasi Dengan Diri Sendiri
Video yang telah mendapat lebih 356,000 tontontan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai terhibur dengan gelagat suami isteri itu apatah lagi ada yang dapat mengaitkan keletah si isteri dengan diri mereka sendiri.
Malah, ada yang mempersoalkan tentang azam yang dibuat oleh wanita itu pada tempoh hari.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Baru Hari Tu Aku Tengok Akak Buat Aku Janji, Tepat 1 Januari 2025 Dah Sampai Dia Punya Parcel”
“Hari Tu Masa Lafaz Azam Baru, Kata Tak Boleh Beli Barang Online”
“Terasa Pula, Sehari Sampai 2,3 Parcel, Hari Ni Pun Menanti Parcel Lagi”
“Perempuan Kalau Tak Belanja Tak Sah la Bang, Hari-Hari Parcel Datang”
“Bang, Saya Tunggu Last Day Disember 2025, Kita Tengok Berapa Total Parcel Sampai”
Baca Artikel Berkaitan: Beli Barang Tapi Dapat Yang Salah & Seller Tak Nak ‘Refund’, Influencer Ajar Cara Buat Aduan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Spanar Pakai Niat” – Ramai Terhibur Lihat Barang Dipesan Online Tak Sama Dengan Realiti [Video]