Influencer Sifatkan Lelaki Gaji RM4,000 Ke atas Zalim Jika Tak Beli Kereta Honda Untuk Keselesaan Anak & Isteri [Video]
Menurut influencer itu, rezeki yang diberikan oleh Allah SWT dalam bentuk gaji adalah untuk digunakan dan bukannya disimpan tanpa sebarang sebab.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap manusia pastinya mempunyai kereta idaman mereka, namun untuk mendapat apa yang diimpikan itu perlulah melihat keupayaan kewangan sendiri.
Bak kata pepatah, ‘Ukur baju di badan sendiri’. Jika tersalah langkah dalam menguruskan kewangan dan pembelanjaan, pasti akan menyesal di kemudian hari.
Malah, ada juga individu yang memiliki gaji yang besar memilih untuk memakai kereta yang sederhana demi memastikan keluarganya hidup dalam keadaan selesa dan tidak terbeban hutang.
Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang
Influencer sifatkan suami zalim jika tak beli kereta Honda untuk anak dan isteri
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial seorang influencer yang dikenali sebagai Muiz menyifatkan lelaki yang bergaji RM4,000 ke atas sebagai zalim terhadap isteri dan anak-anaknya jika tidak membeli kereta daripada jenama Honda.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@muizhypex), Muiz berpendapat bahawa rezeki yang diberikan oleh Allah SWT dalam bentuk gaji adalah untuk digunakan dan bukannya disimpan tanpa sebarang sebab.
“Bayangkan, Allah bagi gaji RM10,000 sebulan, bukan untuk kau sorang, kau ada anak dan isteri, kau kena salurkan gaji RM10,000 itu dekat anak dan isteri kau,
“Tapi apa kau buat? Kau simpan saja dekat dalam bank, anak-anak tak dibawa berjalan, lama tak tengok dunia luar” katanya.
Isteri dan anak merana duduk dalam kereta uzur
Menurutnya, isteri dan anak-anak juga boleh merana di dalam kereta yang sudah uzur jika suami tidak memiliki kereta yang baik atau kenderaan baru.
“Bukan nak suruh kau beli kereta RM2,000 sebulan, kalau gaji RM5,000 beli kereta RM1,000 sebulan pun dah cukup dah, ada lagi lebihan RM4,000 tak akan tak boleh hidup lagi.
“Pada aku ada asbabnya kalau gaji kau Allah bagi besar, sebab kau ada anak dua orang, sebab isteri kau tak kerja, mungkin sebab perkara itu.
“Tapi apa yang jadi bila Allah bagi rezeki macam itu dekat kau, rezeki itu tidak sampai pun dekat anak dan isteri,” katanya lagi.
Dalam video sama, Muiz yang juga penasihat jualan Honda menyatakan bahawa kereta daripada jenama berkenaan boleh dipercayai dan mempunyai harga jualan semula yang tinggi jika ingin dijual selepas digunakan nanti.
Ramai tak setuju dengan kenyataan Muiz
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Muiz.
Kebanyakan mereka menyatakan bahawa gaji RM4,000 hingga RM5,000 bagi individu yang berkeluarga bukanlah sesuatu yang besar terutamannya jika menetap di kawasan bandar.
Malah, memiliki kenderaan daripada jenama tempatan seperti Proton dan Perodua juga sudah memadai dan selesa untuk dinaiki seisi keluarga.