fbpx
Now Reading
“Meniaga Sedekah” – Ramai Teruja Lihat Masih Ada Peniaga Jual Air Balang Dengan Harga Murah [Video]

“Meniaga Sedekah” – Ramai Teruja Lihat Masih Ada Peniaga Jual Air Balang Dengan Harga Murah [Video]

Difahamkan, air soya gula merah yang dibeli oleh pengguna itu pada asalnya hanya berharga RM2 namun menjadi RM3 apabila ditambah dengan tau fu fah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak suka dengan air balang? Bagi kebanyakan orang, itulah antara gerai wajib singgah jika berkunjung ke pasar malam atau mana-mana festival makanan.

Manakan tidak, minuman yang dijual sememangnya memikat hati dengan warna menarik dicampur pula dengan ais.

Namun, harga minuman yang dijual pada ketika ini kebanyakannya agak mahal serta tidak kena dengan kuantiti lebih-lebih lagi minuman yang dicampur aiskrim dan sebagainya.

Air Soya Gula Merah Campur Tau Fu Fah Hanya Berharga RM3

Berbeza pula dengan seorang peniaga ini yang dilihat masih mengekalkan harga rendah namun kuantiti pula tidak setanding dengan harga!

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @md_baser, lelaki berkenaan telah berkunjung ke sebuah gerai air balang yang terletak di tapak pasar malam Nanding, Hulu Langat, Selangor.

Apa yang menjadi perhatian adalah saiz bungkusan air soya yang dibeli olehnya dari gerai tersebut agak besar dan harga pula amat murah.

Difahamkan, air soya gula merah yang dibeli itu pada asalnya hanya berharga RM2 namun menjadi RM3 apabila ditambah dengan tau fu fah.

“RM2 tak termasuk tau fu fah. Sekali tau fu fah total RM3. Still murah gila saiz besar peti,” tulisnya di video tersebut.

Jual Air Bermula RM1 Hingga RM5

Kongsi pengguna itu lagi, peniaga berkenaan mempunyai pelbagai pilihan saiz yang boleh dipilih oleh pelanggan.

Lebih menarik, harga jualannya amat murah yang hanya bermula sekitar RM1 hingga RM5 bergantung kepada saiz dan jenis minuman.

“Soya dia (peniaga) memang sedap, lambat selalu habis. Dia ada plastik RM1, sedang RM2, besar RM3, bayangkan yang ini RM2.

“Dia ni memang meniaga bersedekah la, semoga abang murah rezeki,” kata pengguna berkenaan.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat senarai harga jualan minuman peniaga berkenaan.

Bagi air sejuk yang dibungkus, harga jualan bermula sekitar RM1 hingga RM3 manakala bagi air panas pula, harganya sekitar RM3 hingga RM5.

Buat mereka yang mahu menggunakan cawan, peniaga tersebut mengenakan caj RM1 bagi cawan kecil manakala RM3 bagi cawan besar. Namun, tidak dapat dipastikan saiz sebenar cawan tersebut.

Selain itu, peniaga berkenaan turut menjual tau fu fah yang bermula dengan harga RM2 bagi satu mangkuk dan RM5 bagi tiga mangkuk.

Foto: Tangkap Layar TikTok
@md_baser

air soya sedap Dan Murah giler!!! lokasi tapak pasar malam nanding..g lambat mmg tinggal khemah je la..A barey 🥰 #fyp #airsoya #airsoyamurahsedap #hululangat #alhamdulillah

♬ original sound – md baser – md baser

Ramai Teruja & Mahu Datang Ke Gerai Peniaga Minuman

Video yang telah mendapat lebih 173,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat perkongsian lelaki itu hingga ada yang menyuarakan hasrat untuk berkunjung ke gerai peniaga tersebut.

Tidak kurang juga ada yang pernah menjadi pelanggan peniaga air itu mengakui kesedapan air soya yang dikenali sebagai soya atok oleh peniaga berkenaan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Memang Padu Air Soya Atok, Boleh Kata Tiap-Tiap Minggu Beli Bila Pergi Rumah Emak Dekat Nanding”

“Masih Ada Harga Macam Ini Ye, Semoga Sentiasa Dimurahkan Rezeki Berniaga”

“Murah Betul, Ini Nak Mudah Masuk Syurga Ni”

“Dekat Mana Ye?”

“Yang Sedap Semua Jauh”

Baca Artikel Berkaitan: “Baik Sedekah Di Masjid” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tak Terjual Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Subway Surfers” – Cara Kreatif Peniaga Jual Air Balang Buat Ramai Kagum [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.