“Nak Belanja Dia Minum” – Wanita Cari Lelaki Bantu Tap Kad Touch ‘n Go Di Tol Curi Perhatian [Video]
Kongsi wanita itu, disebabkan kad Touch ‘n Go miliknya tidak dapat dibaca, dia tersekat di plaza tol tersebut bagi tempoh yang agak lama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika dibandingkan dengan masa dahulu, sistem tol di kebanyakan lebuh raya di Malaysia kini lebih maju dan sistematik.
Pengguna kini mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan kad seperti Touch ‘n Go, Smart Tag, RFID atau debit jika mahu membuat bayaran berbanding secara tunai pada masa lalu.
Walaupun nampak memudahkan, kadang kala ia juga boleh memberi masalah kepada pengguna lebih-lebih lagi jika berlaku gangguan pada sistem tersebut.
Keadaan sebegitu bukan sahaja menyusahkan pengguna itu sendiri malah pengguna lain turut terkesan hingga ada yang terpaksa menukar laluan serta memarahi individu yang berada di hadapan.
Lelaki Sanggup Berhenti, Bantu Wanita Tersekat Di Tol
Namun, lain pula dengan seorang pemuda ini yang sanggup berhenti semata-mata mahu membantu pemandu wanita yang tersekat di tol.
Perkara itu dikongsikan oleh wanita itu sendiri di TikTok @eidabalqis83 selepas dia terhalang di sebuah plaza tol gara-gara kad Touch ‘n Go miliknya tidak dapat dibaca.
Kongsi pengguna berkenaan, disebabkan keadaan itu, dia tersekat di plaza tol tersebut bagi tempoh yang agak lama.
Namun, segalanya berubah apabila seorang lelaki sanggup berundur dan meletakkan kenderaan di bahagian tepi semata-mata mahu membantunya.
“Petang tadi kita tersekat palang tol tak tahu kenapa kad tak boleh nak tap.Lama juga la sangkut situ.
“Tiba-tiba nampak kereta depan kita ni double signal reverse (undur) balik, padahal dia dah lepas tol dari tadi.
“Pemandu tu berlari keluar ingat kenapa rupanya dia nak tolong kita. Dia tap (sentuh) pakai kad dia dan suruh kita jalan,” kongsinya.
Minta Orang Ramai Cari Lelaki, Mahu Balas Budi Dengan Belanja Minum
Terharu dengan perbuatan lelaki itu, wanita berkenaan meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki pemuda berkenaan kerana mahu membalas jasanya.
“Semoga dengan kuasa viral, dapat jumpa mamat ni, nak cakap terima kasih dan belanja minum,” tulisnya lagi.
Walau bagaimanapun, tiada info lanjut mengenai butiran seperti lokasi serta masa insiden berkenaan.
Apa Perlu Buat Jika Tersekat Di Tol Kerana Kekurangan Baki?
Sekadar info, jika anda mengalami pengalaman sama tersekat di tol terutamanya jika kekurangan baki, anda dinasihatkan untuk terus kekal dan tidak mengubah laluan.
Ini kerana tindakan itu amatlah membahayakan kepada diri serta pengguna jalan raya yang lain.
Apa yang anda perlu buat adalah dengan menekan butang interkom yang ada pada plaza tol dan petugas akan datang kepada anda.
Pihak PLUS bagi beritahu, jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita perlu tekan button intercom dan tunggu…
Posted by CentRoy Bimmers Service Centre on Sunday 3 March 2024
Ramai Doa Wanita Dapat Jumpa Pemuda Bantu Dirinya
Video yang telah mendapat lebih 141,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial mendoakan agar wanita berkenaan dapat berjumpa dengan lelaki terbabit.
Malah, ada yang berseloroh mahu melihat mereka berjodoh dan disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Tidak kurang ada yang memuji tindakan lelaki terbabit serta mendoakan kebaikan buat dirinya kerana sanggup menghulurkan bantuan sedemikian.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Dia Menolong Sebab Mungkin Dia Pernah Di Tolong Orang, Ikut Logik Kalau Dah Lepas Palang Tol Tu, Memang Pecut Laju”
“Aku Hari Tu Macam Ni La, Tak De Orang Tolong Pun, Siap Dapat Hadiah Lagi”
“Saya Pun Pernah Mengalami, Kad Semua Tak Boleh Pakai, Last-Last Orang Belakang Tolong”
“Terima Kasih Abang Yang Baik, Semoga Allah Gandakan Rezeki Kamu Sekeluarga”
Baca Artikel Berkaitan: