fbpx
Now Reading
Umat Islam Dilarang Pakai Baju Ada Tulisan Atau Jenama Arak Mahupun Judi

Umat Islam Dilarang Pakai Baju Ada Tulisan Atau Jenama Arak Mahupun Judi

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Nabi Muhammad SAW menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik R.A turut melaknat 10 golongan berkaitan isu arak ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Islam tidak pernah melarang umatnya berpakaian cantik atau berfesyen mengikut peredaran zaman asalkan mematuhi batas-batas syarak yang telah ditetapkan.

Selagi tidak ada sesuatu yang bersifat melawani syarak atau batas-batas, maka tidaklah haram memakainya.

Pun begitu, masih ada umat Islam yang terlepas pandang atau tidak sedar mengenai pakaian yang memaparkan logo atau lambang arak mahupun judi.

Hukum minum arak dan judi jelas haram dalam Islam

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Allah SWT dengan jelas telah berfirman bahawa arak dan judi adalah haram.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Surah al-Maidah, ayat 90

Rasulullah SAW laknat 10 golongan dalam isu arak

Menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik R.A, Nabi Muhammad SAW turut melaknat 10 golongan berkaitan isu arak ini.

10 golongan tersebut adalah:

  1. Pemerah (anggur untuk arak)
  2. Orang yang minta diperahkan
  3. Peminum arak
  4. Pembawa arak
  5. Orang yang meminta bawa arak kepadanya
  6. Orang yang menuangkan arak
  7. Penjual arak
  8. Orang yang makan hasil jualan arak
  9. Orang yang membeli arak
  10. Orang yang meminta dibelikan untuknya

Pakai baju ada logo arak atau judi adalah haram dan dilarang dalam Islam

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, susulan daripada penjelasan ini, pemakaian baju yang mempunyai lambang atau logo syarikat arak atau judi jelas adalah haram dan dilarang.

Ini kerana tujuan utama mempamerkan jenama atau logo syarikat arak atau judi di pakaian adalah tidak lain dan bukan untuk mempromosikan kepada masyarakat tentang kewujudannya sekali gus menjadi satu galakan kepada masyarakat membeli serta mencubanya.

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”

Surah al-Maidah, ayat 2

Kesedaran kepada masyarakat perlu diberi perhatian

Kesedaran kepada seluruh masyarakat terhadap isu-isu seperti ini perlu diberi perhatian dalam mengatasi perkara sedemikian.

“Bagi mereka yang telah mempunyai pakaian seperti ini, mereka boleh memakainya dengan cara menterbalikkan baju tersebut agar logo atau lambang tersebut tidak kelihatan.

“Kerajaan perlu mengawal penjualan baju-baju yang berlogokan syarikat arak dan judi kepada seluruh umat Islam.

“Masyarakat Islam perlu peka dan prihatin terhadap masyarakat Islam yang lain dalam menghindari perbuatan dosa tanpa mereka sedar,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.