“Buat Kerja Pakai Otak Lah” – Juruelektrik ‘Sound’ Interior Designer Gara-gara Kotak DB Susah Dibuka [Video]
Dalam video tersebut, kelihatan juruelektrik daripada Mah Bayu Engineering itu perlu membuka sepenuhnya penutup kotak DB terbabit sebelum kerja-kerja pemeriksaan elektrik dapat dilakukan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap dari kita pasti mengimpikan rumah yang selesa dan cantik. Mana tidaknya, di situlah tempat meluangkan masa bersama keluarga serta berehat.
Untuk mendapat rumah seperti yang diimpikan, kebanyakan orang akan menggunakan perkhidmatan pereka dalaman (interior designer) dalam pengubahsuaian rumah mengikut konsep-konsep tertentu.
Pun begitu, rekaan atau pengubahsuaian yang dilakukan mestilah tidak mengganggu sistem pendawaian elektrik kerana ia mungkin akan mendatangkan masalah di kemudian hari.
Pakar elektrik bengang, kotak DB diubahsuai susah dibuka
Baru-baru ini, seorang juruelektrik yang dikenali sebagai Azrizal Aziman meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana sukar menjalankan kerja pemeriksaan elektrik di sebuah rumah gara-gara kotak kawalan papan pengedaran elektrik (DB box) yang telah diubahsuai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @pakarelektrikmalaysia, kelihatan penutup pada kotak DB berkenaan tidak dapat dibuka sepenuhnya.
“Interior designer, buat kerja pakai otak lah, ini buat kerja takde otak, menyusahkan orang,” kata Azrizal yang bengang dengan pereka dalaman rumah terbabit.
Penutup kotak DB terpaksa dibuka sepenuhnya
Dalam video tersebut, kelihatan Azrizal yang juga Pengarah Urusan Mah Bayu Engineering perlu membuka sepenuhnya penutup kotak DB terbabit sebelum kerja-kerja pemeriksaan elektrik dapat dilakukan.
Menurutnya, kesukaran dalam melakukan pemeriksaan elektrik kerana pengubahsuaian rumah sebegini adalah pengalaman yang kedua dilaluinya.
Secara asasnya, pengubahsuaian rumah bukanlah dilarang, namun perlulah berpada-pada agar tidak menghalang pihak teknikal untuk melakukan kerja pembaikan atau pemeriksaan sekiranya perlu.
Netizen beri pelbagai reaksi, teguran disifatkan agak kasar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat video berkenaan.
Kebanyakan orang tidak bersetuju dengan cara teguran juruelektrik terbabit yang disifatkan sebagai kasar.
Selain itu, ada juga yang berpendapat permukaan yang menutup DB box itu boleh sahaja dibuka dan digam semula selepas kerja pemeriksaan selesai.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa pereka dalaman tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana setiap kesan pengubahsuaian telahpun diterangkan kepada pemilik rumah sebelum ia dilakukan.
Berikut komen yang diberikan netizen: