fbpx
Now Reading
“Kedekut Betul, Seringgit Je” – Gadis Kesal, Niat Baik Sedekah Wang RM1 Dihina Pengemis

“Kedekut Betul, Seringgit Je” – Gadis Kesal, Niat Baik Sedekah Wang RM1 Dihina Pengemis

Apa yang menjadi perhatian adalah respon peminta sedekah itu sebaik sahaja gadis berkenaan menoleh kembali pengemis terbabit hingga menyebabkan dia kesal dengan perbuatan baiknya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu khususnya yang beragama Islam digalakkan untuk sentiasa bersedekah lebih-lebih lagi kepada mereka yang memerlukan.

Tidak kiralah berapa nilai wang atau barangan yang diberi, pemberian itu amat bermakna buat mereka yang sedang dilanda kesusahan.

Ini kerana majoriti golongan tersebut kadang kala mempunyai cabaran tersendiri dalam mencari wang ringgit hingga ada yang terpaksa mengemis.

Lazimnya, kumpulan yang menerima sedekah ini akan bersyukur dengan wang yang diberi atas ihsan orang lain.

Pengemis Persoal Nilai Wang Yang Diberikan Gadis

Namun, lain pula dengan seorang individu ini apabila dia seolah-olah tidak bersyukur dengan pemberian tersebut.

Menerusi perkongsian seorang gadis di Threads, dia menzahirkan rasa kecewa apabila tindakannya yang bersedekah wang RM1 dihina oleh pengemis.

Kongsi gadis berkenaan, dia berniat untuk sedekah apabila melihat bekas wang milik individu yang berada di kaki lima itu dilihat masih kosong.

Apa yang menjadi perhatian adalah respon peminta sedekah itu sebaik sahaja gadis berkenaan menoleh kembali pengemis terbabit hingga menyebabkan dia kesal dengan perbuatan baiknya itu.

“Lepas dah gerak tu, aku pusing belakang, kau tahu aku nampak dia buat apa?

“Dia ambil duit tu, lepas tu dia cakap ‘bod*h kedekut betul seringgit je’ lepas tu dia campak duit dalam bekas tu semula.

“Lepas aku nampak tu, aku menangis, aku rasa seringgit aku tak dihargai. Terus timbul rasa tak ikhlas, menyesal dan tak nak sedekah dekat orang dah,” kongsinya.

Hantaran Undang Pelbagai Reaksi, Ramai Beri Kata Semangat & Nasihat

Perkongsian yang telah mendapat lebih 761,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat gadis tersebut agar tidak sedih dengan respon pengemis itu.

Malah, majoriti daripada mereka turut menasihatkan agar gadis berkenaan membuat baik kepada orang yang sepatutnya seperti ahli keluarga berbanding pengemis jalanan.

Ini kerana mereka berpendapat kebanyakan peminta sedekah hanyalah menyamar sebagai orang susah bagi mendapatkan wang.

Tidak kurang ada juga yang berkongsikan pengalaman sama berhadapan dengan perkara serupa.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Lepas Ni Utamakan Sedekah Dekat Keluarga Dengan Kawan-Kawan Terdekat Je Sebab Saya Pernah Ternampak Baki Akaun Peminta Sedekah Ni”

“Kalau Aku, Patah Balik Ambil Duit Tu Sambil Cakap ‘Baik Aku Letak Dalam Tabung Masjid'”

“Saya Dah Tak Sedekah Dekat Peminta Sedekah, Orang Buta Jual Tisu, Tapi Saya Usaha Istiqamah Buat Sedekah Subuh Dekat Akaun Trusted”

“Tak Payah Bagi Sis, Diorang Lagi Kaya Dari Kita”

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Kaya Untuk Bersedekah”- Ramai Terharu Lihat Makcik Cleaner Belanja Orang Makanan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Baik Sedekah Di Masjid” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tak Terjual Raih Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.