“Kenyang Sampai Malam” – Restoran Tawar Menu Istimewa Roti Canai Inti Nasi Lemak Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Gabungan roti canai dan nasi lemak seperti shawarma yang diperkenalkan oleh restoran di Butterworth, Pulau Pinang bagaimanapun mendapat respon kurang senang daripada netizen.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja hidangan baharu dan unik yang diperkenalkan oleh peniaga bagi memikat hati pengguna.
Menu yang diperkenalkan pula lazimnya hidangan popular yang diberi nafas baharu mengikut kreativiti sendiri hingga kebanyakannya menjadi viral.
Namun, ada juga hidangan unik yang diperkenalkan oleh golongan itu mendapat kritikan kerana ada yang menganggap ia tidak sesuai contohnya seperti menu Char Kuetiau Nachos.
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Benda Ni?” – Menu Campuran Nasi Lemak & Char Kuetiau Nachos Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Roti Canai Nasi Lemak Pula Raih Perhatian Pengguna Media Sosial
Samalah seperti sebuah restoran di Butterworth, Pulau Pinang yang menjadi perhatian apabila mencipta kelainan dengan memperkenalkan hidangan hasil gabungan menu sarapan kegemaran rakyat Malaysia.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @penangfoodie, dapat dilihat pekerja restoran berkenaan menyediakan hidangan ‘Roti Canai Nasi Lemak’ istimewa buat pelanggan mereka.
Lazimnya, kebanyakan orang akan menikmati roti canai dan nasi lemak secara berasingan. Namun, kedai makan ini mampu menggabungkan kedua-duanya sekali dalam satu hidangan.
Nasi Lemak Dibalut Dengan Roti Canai Ala-Ala Shawarma
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pekerja premis berkenaan memasak doh roti canai terlebih dahulu sebelum mengisinya dengan nasi, kacang tanah, ikan bilis, sambal, telur rebus dan timun.
Dia kemudiannya dilihat terus membalut bahan-bahan tersebut dengan doh yang dimasak sebentar tadi.
Lebih menarik, doh itu sekali lagi dibalut dengan telur dan ditambah sambal serta timun di luar salutan tersebut dan kelihatan seperti kebab atau shawarma.
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi Menu Roti Canai Nasi Lemak
Video yang telah mendapat lebih 415,000 tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing melontarkan pandangan tersendiri apabila melihat menu tersebut.
Ramai yang berpendapat hidangan sebegitu tidak sepatutnya digabungkan menjadi satu kerana ia dilihat agak pelik.
Namun, ada yang teruja melihat hidangan berkenaan apatah lagi kedua-duanya merupakan menu sarapan kegemaran majoriti rakyat Malaysia.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Dia Ingat Shawarma”
“Makan Roti Canai Nasi Lemak Boleh Kenyang Sampai Malam”
“Baik Nasi Lemak Makan Asing Dengan Roti Canai Lagi Best”
“Lepas Viral Sate Balut, Habis Semua Benda Nak Balut”
“Idea Yang Bagus”
Baca Artikel Berkaitan: Dapat Order Nasi Lemak Kari Ayam Tabur Milo, Pekerja Restoran Reda Penuhi Permintaan Pelik Pelanggan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Diumum Sebagai Roti Terbaik Dunia