Lelaki Persoal Tindakan Segelintir Warga Asing Jadi ‘Ulat Parking’ Di Bukit Bintang [Video]
Menerusi video, lelaki itu memaklumkan individu yang didakwa warga asing menjadi ulat parkir berkenaan mengambil RM5-10 untuk parkir daripada orang ramai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan Kuala Lumpur merupakan salah satu kawasan yang sibuk dan pesat dengan pembangunan.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ia menjadi tarikan kepada orang ramai bukan sekadar untuk pekerjaan bahkan pelancongan.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan keadaan di sana sesak dan adakalanya sukar untuk mendapatkan parkir.
Susulan itu, ada yang mengambil kesempatan apabila menjadi ‘ulat parking’ dan mengambil keuntungan demi kepentingan diri sendiri.
Lelaki persoal tindakan segelitir individu didakwa warga asing jadi ulat parkir
Baru-baru ini, seorang lelaki mempersoalkan tindakan segelintir individu yang dipercayai warga asing cuba mengambil kesempatan dengan menjadi ulat parkir di kawasan Bukit Bintang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @bckupacc99, lelaki itu memaklumkan dia sedang berada di Jalan Balemi berdekatan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan menyedari terdapat individu yang menjadi ulat parkir.
“Aku perhati dekat sini, ada orang Myanmmar ni kan, satu grup ni kan. Baju oren yang sebelah aku tu ada baju oren, kau tahu dia buat apa? Ni ulat-ulat parking ni,” dakwanya.
Malah lelaki itu, turut menunjukkan tindakan salah seorang daripada ulat parkir yang ketika itu sedang menunjukkan simbol ibu jari kepada pemandu yang memarkir kereta di ‘tapaknya’.
Warga asing ambil RM5-10 untuk parkir
Melihat perkara itu berlaku di hadapan mata, ia secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya kepadanya adakah ada pihak berkuasa tempatan ada memantau kegiatan haram pihak tidak bertanggungjawab terbabit.
“Ha ni kau tengok ni. Ni dalam grup sana tu, gilir-gilir. Sorang-sorang, aku adalah duduk dekat parkir ni dalam 10-15 minit aku perhati je. Setiap kali kereta parking memang RM5, RM10,” ujarnya lagi.
Malah dia turut meminta pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memeriksa kawasan tersebut.
Apa nak jadi dekat Bukit Bintang sekarang ?
— ًِ (@bckupacc99) January 4, 2025
bagus brother ni bagi info, maybe DBKL terlepas pandang. pic.twitter.com/sCX9JNZ9dy
Ada yang terpaksa beri kerana takut keselamatan kenderaan
Menjengah ke ruangan balas ramai, ada yang berpendapat adakalanya mereka terpaksa memberikan wang kepada ulat parkir ini kerana bimbang jika kenderaan diapa-apakan.
Ada juga yang mengatakan kumpulan ulat parkir itu sudah pun dikenakan tindakan selepas video terbabit tular di Facebook.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan perkara sama sewaktu parkir di kawasan lain.