Pelajar Tahfiz ‘Happy’ Mandi Kolam Di Rumah Datuk Vida [Video]
Menurut pemilik video, pelajar-pelajar maahad tahfiz berkenaan dijemput oleh DSV untuk mandi-manda di kolam renang rumah banglonya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja nama Datuk Seri Vida atau DSV, pasti semua mengenali usahawan kosmetik dan jutawan daripada Kelantan ini.
Bahkan ramai yang mengetahui DSV memiliki kereta-kereta mewah dan sebuah rumah banglo dengan kolam renang yang besar.
Malah, DSV juga sering diperkatakan sebagai seorang yang pemurah dan selalu berkongsi rezekinya bersama individu lain.
Lelaki dakwa DSV jemput pelajar tahfiz mandi kolam di rumahnya
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki mendakwa DSV telah menjemputnya bersama beberapa pelajar tahfiz ke rumah usahawan terbabit.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @u.awie, lelaki itu mendakwa mereka dijemput untuk bermandi-manda di kolam renang yang ada di dalam kawasan rumah banglo tersebut.
“Alhamdulilah DSV jemput mandi kolam di rumahnya,” ringkas tulis lelaki itu di kapsyen.
Pelajar tahfiz ‘happy’ dapat mandi kolam di rumah DSV
Dalam video sama, kelihatan riak wajah ceria pelajar-pelajar terbabit yang seakan sudah tidak sabar berendam di dalam kolam renang.
Malah, mereka turut dilihat membawa pakaian ganti serta tuala untuk mengeringkan diri setelah puas bermain air nanti.
Beberapa video berasingan yang dikongsikan di akaun TikTok sama turut menunjukan pelbagai aksi yang dilakukan oleh bakal-bakal Hafiz terbabit semasa sedang mandi di kolam renang yang besar itu.
Menerusi semakan kami, pelajar-pelajar tahfiz yang dijemput itu adalah dari Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Zikri Wal-Zuhdi di Ipoh, Perak.
Pelajar di maahad tahfiz berkenaan dipercayai ditanggung oleh Vida.
Orang ramai beri pelbagai reaksi, DSV Dipuji tak kedekut dengan anak-anak tahfiz
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh rata-rata pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.
Kebanyakan orang memuji DSV kerana sudi menjemput pelajar-pelajar tahfiz untuk bergembira bermandi-manda di kolam renangnya.
Namun, ada juga yang mempersoal mengenai status rumah banglo tersebut ketika ini berikutan isu harta milik DSV yang disita kerana gagal melangsaikan hutang bernilai lebih RM1 juta pada tahun 2018 lalu.
Baca Artikel Berkaitan: