fbpx
Now Reading
Proton Persona Selamba Keluar Simpang Sesuka Hati Sebelum Langgar Perodua Axia [Video]

Proton Persona Selamba Keluar Simpang Sesuka Hati Sebelum Langgar Perodua Axia [Video]

Menurusi CCTV memaparkan insiden yang dipercayai berlaku di Taman Limau Manis, Kelantan kelihatan Proton Persona tidak berhenti di garisan putih sebelum keluar dari simpang terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang ingin memiliki lesen memandu yang sah perlu menghadiri kursus atau kelas memandu serta lulus ujian peraturan di jalan raya.

Kursus ini adalah penting untuk setiap pemandu agar mereka tidak melakukan kesalahan yang boleh mengundang kepada kemalangan kepada diri sendiri mahupun pengguna lain.

Sebagai contoh antara perkara yang diajar dalam kursus tersebut adalah cara selamat keluar dari simpang, jarak dan sebagainya.

Proton Persona selamba keluar simpang sebelum langgar Perodua Axia

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kecuaian sebuah Proton Persona sehingga mengakibatkan sebuah kereta Perodua Axia terbabit kemalangan.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik, awalnya kelihatan sebuah Perodua Axia berwarna merah sedang melalui jalan yang lurus.

Namun secara tiba-tiba kelihatan sebuah Proton Persona berwarna kelabu yang keluar dari sebuah simpang di sebelah kanan dengan selamba sehingga merempuh bahagian pintu kanan Perodua Axia.

Nombor plat tercabut, Persona tak berhenti di garisan sebelum berjalan

Keadaan itu menyebabkan nombor pendaftaran Proton Persona tercabut sewaktu Axia bergerak ke bahu jalan.

Dalam satu lagi rakaman CCTV dari arah simpang kelihatan Proton Persona tidak memberhentikan keretanya di hadapan garisan sebelum bertindak keluar dari simpang.

Insiden dipercayai berlaku pada 5 Januari yang lalu di Taman Limau Manis , Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan.

Pada tahun 2018 kawasan yang sama pernah tular apabila terdapat kejadian ragut membabitkan seorang warga emas yang dilihat berjalan menuju ke keretanya selepas selesai membeli makanan sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ramai sifatkan Proton Persona salah

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengatakan terdapat banyak kejadian yang berlaku di kawasan itu.

Tidak kurang juga ada berpendapat Proton Persona adalah salah kerana keluar daripada simpang.

Malah ada yang mengatakan menerusi CCTV kelihatan garisan perlu berhenti pada laluan yang dilalui Proton Persona terbabit.

“Viral betul tempat ni eh, tempat orang kena ragut lah, kena kacau dalam kereta lah..”

“Persona salah. Kau tengok CCTV kedua tu, ada garis untuk kereta kena berhenti. Axia tu jalan utama dia”

“Nampak jelas ada petak putih tanda berhenti depan Persona dan laluan utama untuk Perodua Axia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.