fbpx
Now Reading
Ramai Setuju Influencer Beri Pendapat Topik Rancang Keluarga Perlu Dibincang Sebelum Kahwin [Video]

Ramai Setuju Influencer Beri Pendapat Topik Rancang Keluarga Perlu Dibincang Sebelum Kahwin [Video]

Namun dalam perdebatan itu ada segelintir individu tidak bersetuju dan mengatakan wanita yang perlu berkorban dan menanggung segala kesan terhadap perancangan kehamilan berbanding lelaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan setiap pasangan yang bercinta dan berkahwin tentunya ingin memiliki cahaya mata.

Malah ada yang mengatakan anak ini merupakan pengikat kasih sayang antara suami isteri dalam hubungan yang dibina.

Namun setiap pasangan tentu sahaja mempunyai perancangan sendiri dalam keluarga yang dibina contohnya kehidupan yang diinginkan, jumlah dan bila ingin memiliki anak serta banyak lagi.

Kesemua perkara ini adalah penting untuk dibincangkan agar tiada salah faham di antara suami isteri apabila mereka sudah berkahwin kelak.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Keliru Tentang Hukum Ejakulasi Luar Rahim, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Tun Laila kongsi pendapat pasangan nak berkahwin perlu bincang mengenai perancangan keluarga sebelum kahwin

Baru-baru ini influencer yang juga peguam, Tun Laila telah berkongsi pendapatnya mengenai pasangan yang sedang bercinta perlu membincangkan topik merancang keluarga dan anak sebelum berkahwin.

Tun Laila mengulas mengenai topik terbabit selepas perkara itu menjadi perdebatan di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

“Antara lelaki dan perempuan siapa yang patut merancang kehamilan? Boleh tak kalau korang bincang benda ni sebelum korang kahwin. Masa tengah bercinta tu kan, aku percaya ini adalah topik yang perlu dibincangkan supaya anda tahu ia adalah ‘red flags’ (pasangan yang tak sesuai) atau tidak.

“Untuk suami isteri kalau korang dah dapat anak pertama, ia disarankan untuk korang jarakkan anak pertama dan seterusnya betul tak? Jadi akan ada banyak perancangan yang dicadangkan. Ada IUCD yang boleh dipasang dalam badan, ada pil perancang, ada ubat hormon dan setiap satu ini kalau diambil atau dibuat akan ada kesan sampingan pada badan perempuan tu,” katanya.

Malah dia juga turut menjelaskan mengenai vasektomi dan hukumnya adalah haram untuk dilakukan oleh mana-mana lelaki Islam. Namun dalam perdebatan itu ada segelintir individu tidak bersetuju dan mengatakan wanita yang perlu berkorban dan menanggung segala kesan terhadap perancangan kehamilan berbanding lelaki.

Memetik Hello Doktor, vasektomi merupakan prosedur pembedahan kecil dilakukan terhadap lelaki untuk memotong dua duktus ejakulasi yang memindahkan sperma dari testis ke alat sulit atau zakar. Perkara ini akan membuatkan sperma tidak bercampur dalam air mani.

Wanita perlu fahami hukum yang ditetapkan dalam Islam

Tun Laila kemudian menjelaskan para wanita perlu memahami hukum yang telah ditetapkan tidak dilakukan sewenang-wenangnya oleh para ulama. Malah Tun Laila turut mengatakan dia memahami kekecewaan yang dirasakan oleh seorang wanita meskipun tidak pernah mengambil mahupun melakukan sebarang alat untuk mencegah kehamilan.

“Saya kongsi kekecewaan yang sama dengan anda, tapi jangan sampai menidakkan hukum. Jangan sampai engkau keluarkan ‘kenapa hukum Islam ni bias’. Jika perkara itu dikatakan oleh seorang yang bukan menganut agama Islam, saya boleh mengabaikannya dan percaya mereka tidak memahaminya.

“Namun jika awak seorang Muslim tetapi awak berfikir begitu, istighfar kakak. Kepada para lelaki, ya vasektomi itu haram, tetapi pakai kondom tidak haram kan? Buang luar (ejakulasi di luar rahim) tak haram kan?” soalnya.

Lelaki atau suami perlu mainkan peranan penting dalam memahami isteri

Pada pendapatnya para lelaki juga perlu memainkan peranan dalam perkara ini dan merancangnya dengan baik serta memahami keadaan isteri.

Tun Laila juga meminta para suami untuk tidak menggunakan kuasa diberikan sebagai ketua keluarga dan menyuruh isteri untuk taat dan merelakan sesuatu perkara yang tidak dipersetujuinya.

“Isteri kena taat. Betul, isteri memang kena taat. Aku percaya dan tidak menidakkan memang betul dosa kalau isteri tak taat. Tetapi lelaki, kau jangan nak guna hukum agama sangat kalau kau punya tanggungjawab pun entah apa-apa.

“Dapat anak nanti yang tanggung, menjaga tak tidur malam adalah isteri. Selalu orang ucapkan Sakinah, Mawadah dan Warahmah termasuklah belas ihsan dalam perkahwinan tu.”

Dia juga dalam masa sama meminta para wanita yang belum berkahwin mencari pasangan yang memahami dan menyangi mereka agar boleh menjadi lelaki yang bertanggungjawab.

Ramai setuju topik perancangan keluarga perlu dibincangkan

Melihat di ruangan balas, ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Tun Laila dalam video terbabit.

Malah ada yang merasakan lelaki bukan hanya perlu menjadi ‘provider’ (pemberi) sebaliknya ilmu agama juga perlu diperkukuhkan agar memahami tanggungjawab yang dipikul.

Namun ada juga berpendapat buang luar tetap tidak menyelesaikan masalah untuk merancang kehamilan kerana peratus keberkesanan yang sedikit.

“Tak ada kaitan kau dah berkahwin atau belum untuk bercakap topik macam ni. Benda boleh fikir dan apa yang Tun Laila ni cakap aku tak jumpa part salah. Dia bercakap tentang tanggungjawab setiap individu sebelum dan selepas nikah…”

“Sebagai lelaki bukan sedakar jadi ‘provider’ dari segi kewangan. Ilmu agama kena mantap secara auto tanggungjawab tu muncul. Kalau masih hidup main Mobile Legend (ML) bersulamkan hisap pod. Jangan mengada nak kahwin…”

“Dia betul, dan bercakap mengenai semua perkara yang seorang lelaki perlu ada khususnya yang telah berkahwin”

“Suami yang faham agama takkan memudaratkan isteri sendiri”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.