fbpx
Now Reading
Ramai Teruja Lihat Wajah Lelaki Di Indonesia Mirip Player 456 Squid Game, Lee Jung-jae [Video]

Ramai Teruja Lihat Wajah Lelaki Di Indonesia Mirip Player 456 Squid Game, Lee Jung-jae [Video]

Bukan hanya kelihatan mirip seperti Jung-jae dari arah tepi, malah wajahnya juga dilihat sama seperti ‘player 456’ itu dari hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Drama bersiri popular dari Korea Selatan, Squid Game musim kedua sememangnya popular di serata dunia sama seperti kali pertama ia ditayangkan dahulu.

Mana tidaknya, Squid Game 2 yang ditayangkan sejak 26 Disember tahun lalu di Netflix masih lagi menjadi bualan ramai di media sosial sehingga hari ini.

Jika anda bermain aplikasi Facebook, X, Instagram mahupun TikTok, pasti ada sahaja video-video berkaitan drama bersiri itu yang dimuat naik.

Tular lelaki miliki wajah seperti pelakon watak utama Squid Game

Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki di Indonesia memiliki wajah yang sama seperti salah seorang pelakon Squid Game.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @agungizeroo, kelihatan wajah lelaki yang memakai kemeja-T berwarna biru itu persis pelakon Korea Selatan, Lee Jung-jae yang memegang watak utama di dalam siri terbabit sebagai Seong Gi-hun atau pemain 456.

Dalam video yang dirakam dari arah belakang itu, kelihatan lelaki berkenaan sedang berjalan bersama dua lagi individu, namun di saat dia menoleh ke kiri, jelas kelihatan wajahnya saling tidak tumpah seperti pelakon berusia 52 tahun terbabit.

Pandangan dari tepi dan depan tetap nama sama seperti Jung-jae

Dalam satu lagi video berasingan yang dimuat naik di akaun TikTok sama, kelihatan pula lelaki berkenaan berjalan dari arah hadapan.

Bukan hanya kelihatan mirip seperti Jung-jae dari arah tepi, malah wajahnya juga dilihat sama seperti ‘player 456’ itu dari hadapan.

Difahamkan, lelaki berwajah seperti pelakon Korea Selatan itu ditemui di Alun-Alun Sidoarjo, Kabupaten Sidoarjo, Jawa Timur.

“Gi-hun dah sampai Sidoarjo wkwkwk (ekspresi teks ketawa di Indonesia),” tulis pemilik video di ruangan kapsyen.

Ramai terhibur, akui wajah lelaki terbabit sama seperti watak utama Squid Game

Sementara itu, melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan video terbabit.

Malah, kebanyakan mereka turut mendakwa wajah lelaki itu sememangnya mirip seperti Jung-jae.

Tidak kurang juga yang berseloroh bahawa individu yang berjalan di sebelah lelaki terbabit merupakan Oh Il-nam yang memegang watak sebagai pencipta permain tersebut.

Berikut komen yang diberikan netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.