fbpx
Now Reading
Lelaki Indonesia Puji Sikap Pemandu Malaysia, Akui Lebih Berhemah Berbanding Di Sana [Video]

Lelaki Indonesia Puji Sikap Pemandu Malaysia, Akui Lebih Berhemah Berbanding Di Sana [Video]

Menurut lelaki itu, pemandu di Malaysia juga tidak mengambil kesempatan dengan memotong menggunakan laluan bertentangan meskipun tiada kenderaan lain daripada arah tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, setiap negara pasti mempunyai pelbagai ragam pemandu yang dapat dilihat semasa berada di atas jalan raya.

Ada yang mematuhi undang-undang dengan memandu secara berhemah dan ada pula yang bersikap sebaliknya sehingga menyusahkan orang lain.

Di Malaysia, tidak dinafikan masih ada segelintir pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab yang enggan mematuhi peraturan jalan raya, namun jumlah tersebut tidak lah terlalu banyak jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Lelaki Indonesia akui sikap pemandu di Malaysia lebih berhemah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki warganegara Indonesia yang dikenali sebagai Jaeni Kurniada mengakui sikap pemandu-pemandu di Malaysia lebih berdisiplin daripada di negaranya sendiri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Jaeni melihat sendiri sikap pemandu di Malaysia semasa dia berada di negara ini.

“Sedikit cerita roadtrip di Malaysia. Gaya pemanduan (di Malaysia) jauh berbeza sama di sini (Indonesia),” katanya.

Kesabaran pemandu Malaysia tinggi, tak tukar-tukar lorong

Menurutnya, meskipun keadaan jalan raya sesak, kebanyakan pemandu-pemandu tetap berada di lorong masing-masing.

Kata Jaeni lagi, pemandu di Malaysia juga dilihat sabar berada di belakang lori yang memandu secara perlahan ketika berada di jalan ‘double line’.

Malah, dia berkata pemandu di negara ini juga tidak mengambil kesempatan dengan memotong menggunakan laluan bertentangan meskipun tiada kenderaan lain daripada arah tersebut.

Kebanyakan pemandu Malaysia tak jadi lane-hogger di lorong kanan

Menurutnya lagi, kebanyakan pemandu Malaysia juga tidak mementingkan diri dengan menjadi ‘lane-hogger’ kerana sedar bahawa lorong kanan yang ada di lebuh raya adalah untuk kenderaan memotong dan memandu laju.

“Jarang sekali jumpa pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan atau kenderaan yang memotong sesuka hati.

“Hampir semua kenderaan memandu dengan sangat teratur. ‘Salute’ kepada orang sana (Malaysia) yang boleh sabar memandu,” katanya lagi.

Sementara itu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dari Indonesia turut mengakui tentang perkara itu.

Mereka menyatakan sikap pemandu di Malaysia seharusnya menjadi contohi buat rakyat di republik itu.

Malah, ada juga yang tidak hairan jika Malaysia boleh menjadi sebuah negara maju kerana rakyat-rakyatnya yang patuh terhadap peraturan.

Pun begitu, kami berpendapat masih ada segelintir rakyat Malaysia yang sebenarnya tidak mematuhi peraturan jalan raya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.