“Menggapai Impian TVET” – Lelaki 47 Tahun Masuk Politeknik Demi Kejar Impian Buka Bengkel
Difahamkan, pelajar yang dikenali sebagai Mohd Safuan juga pernah berkhidmat sebagai Pengurusan Agensi Kumpulan Dalam Unit Amanah dan Takaful.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ilmu merupakan antara perkara penting yang perlu ada dalam kehidupan manusia. Sejak kecil lagi, seseorang itu telah diajar dengan ilmu tertentu sesuai dengan usia mereka.
Dengan adanya ilmu, ia boleh membantu dan menjadi petunjuk kepada seseorang dalam menjalani kehidupan seharian selain mengejar cita-cita yang diimpikan.
Malah, tiada had usia untuk mendalami ilmu. Bukan hanya anak-anak muda, mereka yang sudah berusia juga masih boleh mempelajari sesuatu asalkan mempunyai keinginan dan semangat yang tinggi.
Nak buka bengkel kenderaan, bapa 2 anak masuk Politeknik
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang juga bapa kepada dua anak menjadi pelajar baharu sesi II 2024/2025 di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Beliau yang dikenali sebagai Mohd Safuan Nadin, 47, menyertai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan memilih Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) kerana minat mendalam dalam bidang automotif.
Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok Hal Ehwal Pelajar (HEP) Politeknik Port Dickson, Mohd Safuan bercita-cita ingin membuka pusat servis kenderaan pada masa hadapan.
Bekas pengurus jadi pelajar Politeknik
Difahamkan, Mohd Safuan juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Agensi Kumpulan dalam Unit Amanah dan Takaful.
“Beliau merupakan suami kepada seorang surii rumah sepenuh masa serta bapa kepada dua anak, seorang lelaki berusia 22 tahun yang kini (belajar) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seorang perempuan berumur 16 tahun.
“Semoga impian beliau dalam bidang TVET menjadi kenyataan di Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC),” katanya.
Ketahui apa itu TVET
Sekadar info, TVET merupakan proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan.
TVET menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat yang meliputi peringkat sekolah menengah, lepasan sekolah sehingga ke tenaga kerja di industri melalui latihan berasaskan pekerjaan serta latihan berterusan dan pembangunan profesional.
Untuk maklumat lanjut mengenai TVET layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau klik di sini.
Untuk carousel di TikTok klik di sini.