Nenek Setia Tunggu Cucu Ambil SPM Sambil Mengaji Di Luar Dewan [Video]
Di fahamkan cucu kepada nenek tersebut baru sahaja kehilangan ibu pada Oktober 2024.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kejayaan seseorang di dalam kehidupan mahupun dalam pelajaran atau kerjaya sebenarnya adalah berkat doa orang sekeliling yang menyayangi mereka.
Apatah lagi jika individu tersebut adalah ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, datuk dan nenek serta sebagainya.
Mereka ini bukan sahaja akan menitip doa sebaliknya sanggup berkorban apa sahaja asalkan insan yang disayangi dapat hidup selesa dan berjaya dunia akhirat.
Nenek sanggup tunggu cucu jawab peperiksaan SPM di luar dewan
Perkara ini samalah seperti yang dilakukan oleh seorang warga emas ini sehingga menarik perhatian ramai dengan tindakannya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @c_s.ihsan di TikTok, awalnya kelihatan berada di luar dewan sebuah sekolah menengah Maktab Rendah Sains Mara Lenggong, Perak.
Kelihatan pintu dewan tersebut ditutup kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang dijalankan.
Tidak lama kemudian, perakam menunjukkan satu sosok tubuh seorang wanita warga emas yang sedang duduk berdekatan dewan sambil membaca di sebuah meja.
Duduk tunggu sambil baca Yassin dan berzikir
Warga emas itu dipercayai adalah nenek kepada salah seorang pelajar yang sedang menjawab kertas peperiksaan SPM.
Nenek itu dikatakan setia menunggu cucunya diluar dewan sambil membaca Yassin dan berzikir.
“Cucu dalam dewan peperiksaan SPM, nenek menunggu di luar baca Yassin dan zikir untuk cucu,” tulis Ihsan di ruang kapsyen.
Kehilangan ibu pada Oktober tahun lalu
Melihat di ruangan komen, ada yang memaklumkan cucu kepada warga emas itu baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada Oktober 2024. Berita sedih itu turut disahkan oleh Ihsan menerusi komen balas.
Perkongsian video itu turut membuatkan segelintir daripada pengguna media sosial tersebut berasa sebak dan terkenangkan datuk serta nenek mereka.
Ada juga yang berkongsi pengalaman ibu mereka melakukan perkara yang sama dengan nenek berkenaan sewaktu mereka mengambil peperiksaan besar seperti SPM.