fbpx
Now Reading
Pemandu E-Hailing Pandai Cakap Korea Buat Pelancong Teruja, Siap Boleh Berborak [Video]

Pemandu E-Hailing Pandai Cakap Korea Buat Pelancong Teruja, Siap Boleh Berborak [Video]

Menerusi video yang dimuat naik, pelancong tersebut turut memuji pemandu e-hailing kerana dia boleh berbahasa Korea dengan baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bahasa ibunda setiap negara merupakan perkara penting buat rakyatnya. Bukan hanya kerana ia adalah bahasa yang ditutur setiap hari tetapi bahasa juga membawa identiti dan budaya di sesuatu tempat.

Oleh itu, apabila berada di luar negara mahupun berjumpa pelancong yang boleh bertutur menggunakan bahasa ibunda pasti perkara itu akan membuatkan kita rasa teruja.

Ini kerana seseorang individu itu berusaha untuk mempelajari dan memahami sesebuah bahasa yang asing buatnya.

Pemandu e-hailing buat 3 penumpang Korea teruja

Baru-baru ini, seorang pemandu e-hailing membuatkan tiga orang penumpangnya teruja apabila dia fasih berbahasa Korea.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Haa Jay atau dikenali sebagai Abang Kura-kura di TikTok, awalnya kelihatan dia menyambut mesra tiga orang pelancong dari Korea tersebut menaiki keretanya.

Sewaktu membawa dalam perjalanan menghantar penumpang, Haa Jay memaklumkan dia boleh berbahasa Korea namun masih belum begitu fasih. Perkara itu membuatkan ketiga-tiga pelancong wanita tersebut berasa teruja.

Pelancong puji lelaki boleh berbahasa Korea dengan baik

Malah mereka turut memuji dia bercakap menggunakan bahasa itu dengan baik. Bukan hanya itu, Haa Jay turut berbual dan bertanya bagaimanakah percutian mereka di Kota Kinabalu, Sabah.

Pelancong itu kemudian mengatakan mereka sangat menyukainya, dan antara perkara yang disukai adalah cuaca di sana dan pemandangan matahari terbenam sungguh cantik.

Haa Jaya juga memaklumkan dia suka menonton drama Korea atau dikenali sebagai K-drama.

Selepas beberapa ketika berbual, Haa Jay juga memaklumkan kepada penumpangnya dia merakamkan video kerana dia kini sedang mempelajari bahasa Korea serta berharap penumpangnya selesa dengan perkara tersebut.

Untuk membuatkan mereka lebih selesa, Haa Jay juga memasang lagu Korea agar mereka boleh bernyanyi sementara menunggu sampai ke destinasi yang dituju.

“Kesan terlampau melayan Korean drama. Orang Korea tak tahu Malaysia, tapi sebut Sabah dia orang tahu,” tulisnya.

Sedang belajar bahasa Korea, dah boleh membaca

Jelas Haa Jay kepada BuzzKini ketika video itu dirakam, dia dalam perjalanan membawa pelancong berkenaan ke pusat membeli-belah.

Ujarnya sebelum ini dia juga ada menerima banyak penumpang dari Korea dan memaklumkan sedang mempelajari bahasa negara itu.

“Saya belajar bahasa Korea tu dari drama Korea. Sekarang saya tengah belajar, saya dah boleh membaca,” katanya.

Tambahnya lagi, dia boleh memahami dan bercakap sekitar 60% hingga 70% daripada bahasa Korea itu.

Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan kebanyakan penduduk di Sabah boleh berbahasa Korea.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan ia adalah sesuatu perkara yang menarik apabila seseorang itu boleh berbahasa asing.

“Kebanyakan orang Sabah pandai cakap Korea”

“Bestnya boleh faham apa dia orang borak”

“Memang style lah bang bawa Grab boleh cakap Korea. Ni pun boleh jadi salah satu cara untuk promosi Malaysia pada orang luar, terbaik lah bang teruskan cara abang ni”

“Ada faham jugalah sikit-sikit. Dulu kerja di Korea saya tidak minat belajar Korea tapi ada juga tahu sikit-sikit sebab hari-hari dengar”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.