fbpx
Now Reading
Peniaga Di China Sanggup Belajar Bahasa Melayu Sebagai Usaha Tarik Ramai Pelanggan Nusantara

Peniaga Di China Sanggup Belajar Bahasa Melayu Sebagai Usaha Tarik Ramai Pelanggan Nusantara

‘Mari adik, mari kakak, barang murah tapi berkualiti!’ menjadi ayat yang menarik pengembara Nusantara untuk singgah ke kedai mereka di Pearl Market, Beijing, China.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila ke luar negara, kebanyakan masyarakat akan menggunakan bahasa Inggeris lebih-lebih lagi jika mereka perlu berkomunikasi dengan pelancong asing.

Namun siapa sangka, bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan di Malaysia juga digunakan oleh masyarakat luar negara dalam kehidupan harian mereka.

Terdahulu, tular seorang wartawan Kumpulan Media China (CMG) dikenali sebagai Husna Liang Liang yang memberitahu bahawa rata-rata warga China fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan menggunakan bahasa ini sewaktu bekerja. 

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Kagum Lihat Staf Syarikat Media Di Beijing China Guna Nama & Bahasa Melayu Ketika Bekerja

Peniaga Di China Mahu Belajar Bahasa Melayu Untuk Tarik Ramai Pelanggan

Memetik laporan Bernama, adik-beradik yang merupakan peniaga di China juga melihat kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebagai salah satu daya tarikan yang boleh digunakan dalam bisnes mereka.

Di sebalik ramai peniaga yang menggunakan bahasa Inggeris serta Mandarin untuk bercakap dengan pelanggan di Pearl Market, Beijing, China, taktik Fatima Liu, 38 dan Aisha, 36 itu telah menjadi daya tarikan pelancong dari Nusantara.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Discover Beijing)

‘Mari adik, mari kakak, barang murah tapi berkualiti!’ menjadi ayat yang menarik pengembara Nusantara terutamanya dari Malaysia untuk singgah ke kedai mereka yang menjual barangan rumah seperti cadar dan alas meja.

Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu yang dipelajari sejak 15 tahun lalu itu bukan sahaja memudahkan urusan jual-beli, malah ia secara tidak langsung membuatkan adik-beradik ini memupuk hubungan yang lebih dekat dengan para pelanggan mereka.

Sumber: GPSmyCity

“Urus niaga menjadi lebih mudah dan menguntungkan kerana pelanggan juga tertarik apabila mendengar peniaga asing berbahasa Melayu.

“Sebab itu saya sentiasa menggalakkan peniaga di sini mempelajari bahasa Melayu dan bukannya menumpukan bahasa Inggeris semata-mata. Jika belajar bahasa Melayu boleh membawa keuntungan kepada kita, apa salahnya kalau kita belajar kan?” kata Fatima.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Ujarnya lagi, pada awalnya dia hanya mahir mempelajari satu perkataan pada satu masa sebelum boleh membina ayat lengkap.

“Sebagai contoh, hari ini saya belajar perkataan makan (makan), esok cuci (basuh), kemudian wangi (wangi), dan akhirnya, saya dapat membentuk ayat yang lengkap,” jelasnya.

Selain itu, Fatima juga berpendapat kemahiran yang dimiliki oleh mereka ini juga membolehkan mereka melancong ke Malaysia tanpa memerlukan khidmat pemandu pelancong bagi menterjemahkan perbualan masyarakat tempatan.

Peniaga Di Mekah Dan Madinah Pun Guna Bahasa Melayu

Sebelum ini, bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua dalam percakapan dalam kalangan para peniaga di Mekah serta Madinah.

Penggunaan bahasa Melayu itu digunakan oleh peniaga pelbagai produk seperti permaidani, jubah, tasbih, buah-buahan dan sebagainya.

Katanya peniaga di sana sanggup belajar bahasa Melayu ini selepas urusan tawar-menawar dalam perniagaan menjadi lebih mudah.

Baca Artikel Berkaitan: Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah

Baca Artikel Berkaitan: “Contoh Baik Untuk Ajar Anak” – Mat Saleh Kagum Ramai Rakyat Malaysia Boleh Cakap Lebih 1 Bahasa

Mereka juga menganggap bahawa bahasa tersebut sangat indah dan mudah dipelajari kerana sesuai dengan lidah semua bangsa.

Bukan itu sahaja, ada juga yang siap sebut nama beberapa ahli politik dari Malaysia untuk menarik pelanggan mereka seperti nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan Sanusi Md Nor.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.