fbpx
Now Reading
Tak Cukup RM0.70 Nak Beli Air, Individu Belanja Kanak-Kanak Di Kedai Serbaneka Raih Pujian [Video]

Tak Cukup RM0.70 Nak Beli Air, Individu Belanja Kanak-Kanak Di Kedai Serbaneka Raih Pujian [Video]

Simpati dengan kumpulan kanak-kanak tersebut, pengguna yang membahasakan dirinya sebagai Ustaz terus bertanya malah menawarkan kepada kanak-kanak lelaki berkenaan tentang air minuman yang mahu dibeli oleh mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan individu dewasa, zaman kanak-kanak merupakan waktu terindah dalam kehidupan.

Manakan tidak, dalam tempoh tersebut, mereka tidak perlu berfikir tentang komitmen atau cara untuk mendapatkan wang seperti yang biasa dilakukan oleh orang dewasa.

Dalam fasa sebegini, sifat ingin tahu dan mencuba mereka juga terlalu tinggi hingga kadang kala memerlukan wang ringgit bagi memenuhi keinginan mereka.

Namun, tidak semua kanak-kanak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli apa yang mereka inginkan.

Individu Bantu Kanak-Kanak Tak Cukup RM0.70 Nak Beli Air

Itulah yang dihadapi oleh sekumpulan kanak-kanak apabila mereka tidak cukup wang untuk membeli minuman di sebuah kedai serbaneka.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ustazaswar._, pengguna berkenaan berkongsikan momen di saat dia terdengar perbualan kanak-kanak tersebut yang kekurangan wang RM0.70.

“Hari ni jumpa budak-budak ni tengah dok bilang duit depa nak beli air. Kawan dia cakap ‘aku tak cukup duit lagi RM0.70,” kongsi lelaki itu.

Simpati dengan kumpulan kanak-kanak tersebut, pengguna yang membahasakan dirinya sebagai Ustaz terus bertanya malah menawarkan kepada kanak-kanak lelaki berkenaan tentang air minuman apa yang mahu dibeli oleh mereka.

“Nak mana, ayaq (air) apa? Cepat. Ayaq (air) mana? Full cream? Ambil air mahal-mahal sikit,” kata lelaki itu kepada kumpulan kanak-kanak tersebut.

Sekumpulan budak lelaki itu kelihatan malu tetapi teruja dengan tawaran tersebut. Malah, masing-masing dilihat terus memilih dan mengambil kotak air kegemaran mereka.

Kanak-Kanak Tidak Ambil Kesempatan Walau Individu Mahu Belanja Barang Lain

Tidak hanya itu, mereka dilihat tidak tamak dan mengambil kesempatan ketika diminta untuk mengambil sahaja barang lain serta air minuman yang mahal harganya.

“Roti tak mahu? Roti ni ambil, kejap lagi nak mengail, kena beli roti,” kata pengguna itu kepada kanak-kanak berkenaan.

Namun, mereka dilihat tetap menggeleng kepala dan terus menuju ke kaunter.

“Kesian tengok anak-anak ni. Tak apalah, ustaz belanja ya anak-anak, moga jadi anak soleh,” tulis pengguna itu menerusi ruang kapsyen.

Pengguna Media Sosial Puji Keperibadian Kanak-Kanak & Kebaikan Individu

Video yang telah mendapat lebih 116,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial memuji perbuatan baik individu berkenaan yang dilihat sanggup membelanjakan kanak-kanak berkenaan.

Tidak hanya itu, ramai juga yang memuji keperibadian kumpulan budak lelaki tersebut yang dilihat tidak mengambil kesempatan walaupun ditawarkan dengan tawaran sedemikian.

Malah, pengguna lain turut berkongsikan pengalaman sendiri berhadapan dengan situasi sedemikian.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Bagusnya Budak-Budak Ni, Tak Tamak, Semoga Ustaz Dikurniakan Kesihatan Yang Baik”

“Saya Pernah Lalui Zaman Budak, Nak Makan Coklat, Nak Beli Mainan, Mak Ayah Bukan Orang Senang”

“Macam Saya Ustaz Kalah & Mudah Kesian Kalau Bab Budak, Sebab Kita Dah Lalui Zaman Tu Lagi Susah”

“Bagus Adik-Adik Ini Jenis Tak Tamak Ambil Yang Biasa Je, Semoga Dimurahkan Rezeki”

“Tak Boleh Tengok Budak Macam Ni, Tak Cukup Duit Kesian Sangat, Kalau Ada Aku Bayarkan”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.