Ular Melingkar Atas Bumbung, Gelagat Pemandu Selamba Bawa Kereta Raih Perhatian [Video]
Menerusi video kedengaran beberapa kenderaan membunyikan hon untuk memaklumkan kepada pemandu Axia terdapat ular atas kenderaannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ular merupakan haiwan reptilia yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa seseorang individu tidak kiralah ia kecil mahupun besar.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang panik serta takut apabila berdepan dengan haiwan liar ini.
Malah kita juga sering dinasihatkan untuk berhati-hati dan memeriksa kawasan persekitaran kerana haiwan berdarah sejuk ini juga adakalanya turut dilihat menumpang di kawasan rumah, dalam kereta dan banyak lagi.
Ular sawa atas kereta Perodua Axia
Baru-baru ini, sebuah kereta Perodua Axia menjadi perhatian ramai apabila dilihat dalam keadaan yang berbahaya sewaktu memandu di jalan raya.
Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan sebuah Perodua Axia berwarna silver sedang menyusuri jalan raya namun secara tiba-tiba kelihatan seekor haiwan dipercayai ular sawa sedang melingkar di atas kereta terbabit.
Ular itu pada mulanya dilihat seperti ingin turun dari kereta terbabit dan menuju ke arah jalan. Namun ia memusingkan badan dan kembali berada di atas bumbung kereta.
Ada yang hon kereta Axia seperti beritahu ada ular atas kereta
Turut kedengaran kenderaan lain membunyikan hon ke arah Perodua Axia tersebut seperti ingin memberitahunya ular yang berada atas bumbungnya itu.
Walau bagaimanapun, pemandu dilihat seperti tidak mengendahkannya dan hanya terus bergerak seperti biasa.
Selepas beberapa ketika, Perodua Axia itu masih dilihat berjalan seperti biasa manakala ular itu masih menjalar di sekeliling kereta.
Just on time for CNY2025 pic.twitter.com/n1hNxtEMAC
— @ (@anthraxxx781) January 5, 2025
Ada yang keliru pemandu nampak atau tidak ular sawa atas kereta
Melihat di ruangan komen, ramai yang keliru adakah pemandu tidak menyedari kewujudan ular terbabit yang berada di atas keretanya.
Ada juga yang menyifatkan mereka mungkin tidak akan senang duduk meskipun hanya terlihat cicak yang berada di luar tingkap kereta.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat keadaan itu membuatkan mereka takut melihatnya. Malah ada yang sempat bergurau mengenai ular terbabit.