“Ajar Sampai Jadi” – Aksi Jurugambar Beri Teknik Pose Gaya Menarik Buat Pengantin Raih Pujian [Video]
Ada ketikanya jurugambar itu menunjukkan pose buat pengantin perempuan untuk digayakan ketika bergambar contohnya seperti aksi berlari sambil memegang tangan suami dan cara pelukan yang betul.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi setiap pasangan pengantin, jurugambar merupakan antara individu yang patut ada ketika melangsungkan majlis perkahwinan.
Kehadiran mereka amatlah penting bagi merakam momen terindah yang hanya berlaku sekali seumur hidup bagi kebanyakan orang.
Oleh sebab itu, ada yang sanggup melaburkan wang ringgit dengan mengupah jurugambar bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
Selain memberikan hasil gambar yang cantik kepada pelanggan, ada jurugambar yang dilihat betul-betul bersemangat dalam melakukan pekerjaan mereka itu.
Jurugambar Santai Enjoy Sambil Ajar Pengantin Posing
Itulah yang dilakukan oleh seorang jurugambar apabila aksinya mengajar pengantin gaya menarik menjadi perhatian.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bromie1990, kelihatan pengguna berkenaan sedang mengajar pasangan pengantin pose menarik untuk bergambar.
Melalui perkongsian tersebut, jurugambar yang berasal dari Kedah itu dilihat bersahaja dan betul-betul enjoy dengan kerjanya.
Ada ketikanya dia menunjukkan pose buat pengantin perempuan untuk digayakan ketika bergambar contohnya seperti aksi berlari sambil memegang tangan suami dan cara pelukan yang betul.
Malah, dek kerana gayanya yang bersahaja serta memek mukanya, pasangan pengantin yang mengenakan persalinan songket berwarna maroon itu tertawa melihat aksinya.
Difahamkan, lokasi penggambaran tersebut diadakan di sawah padi yang terdapat di Kedah.
“Bromie ajar sampai jadi,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.
Tidak hanya itu, melalui perkongsian videonya yang lain, dapat dilihat jurugambar berkenaan sememangnya mengajar pelanggan yang kebanyakan terdiri daripada pasangan pengantin dengan cara sebegitu.
Ramai Teruja Lihat Gaya Bersahaja Jurugambar
Video yang telah mendapat lebih 792,000 tontonan nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan teruja melihat aksi jurugambar berkenaan.
Mereka berpendapat gaya sebegitu pastinya tidak akan membuat pengantin berasa segan untuk posing.
Malah, ada pengguna yang terdiri daripada pengantin lama juga menyatakan hasrat untuk mengambil semula gambar perkahwinan dengan mengupah jurugambar tersebut kerana aksinya itu.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Cameraman Kena Jenis Yang Kelakar Baru Pengantin Tak Rasa Kekok, Maklumkan Orang Baru Masih Malu”
“Function Betul Photographer”
“Bestnya Ada Photographer Macam Ni, Kenapa Tak De Waktu Zaman Aku Kahwin Dulu?”
“Photographer Memang Mainkan Peranan, Dapat Pengantin Kejung Susah Nak Dapat Gambar Lawa”
“Dah Anniversary Kali-38, Rasa Macam Nak Jadi Pengantin Balik”
Baca Artikel Berkaitan: “Jurugambar Gigil Ke?” – Tular Gambar Kahwin ‘Blur’ & ‘Bergoyang’ Buat Orang Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: ‘Malunya..’ – Pasangan Tak Perasan Remy Ishak Yang Bantu Ambil Gambar, Siap Gigih Diminta Berposing [Video]