Lelaki Indonesia ‘Candu’ Dengar Pengumuman Ketika Pesawat Dari Malaysia Mendarat [Video]
Dalam video sama, dia turut berkongsi saat juruterbang AirAsia berpantun semasa penerbangan dipercayai ketika melaporkan keadaan cuaca semasa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali menaiki pesawat komersial, antara perkara yang menjadi tumpuan ramai semestinya pemandangan di luar semasa kapal terbang berada di udara. Mana tidaknya pemandangan sebegitu bukannya boleh didapati selalu.
Selain itu, ada juga yang gemar menikmati makanan yang ada di dalam kapal terbang kerana dirasai lebih sedap berbanding makan di restoran biasa.
Pun begitu, siapa sangka ada juga yang suka mendengar pengumuman yang dilakukan di dalam pesawat oleh pramugara, pramugari mahupun juruterbang.
Lelaki Indonesia akui ketagih dengar pengumuman dalam pesawat dari Malaysia
Seperti baru-baru ini, seorang lelaki dari Indonesia yang dikenali sebagai Taufik Syakirillah mengakui dirinya ketagih mendengar pengumuman semasa menaiki kapal terbang dari Malaysia.
Taufik berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@momochtaufik) sehingga meraih perhatian ramai.
Menurutnya, bahagian paling ‘candu’ semasa menaiki syarikat penerbangan dari Malaysia adalah ketika pengumuman selepas pesawat mendarat.
“Bahagian paling candu (ketagih) ketika naik syarikat penerbangan Malaysia adalah semasa mendarat dan dengar ‘tuan-tuan dan puan-puan’. Apalagi kalau Malaysia Airlines, ada tambahan ‘dan adik-adik sekalian’ candu sangat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video sama, dia turut berkongsi saat juruterbang AirAsia berpantun semasa penerbangan dipercayai ketika melaporkan keadaan cuaca semasa.
Video raih lebih 714,000 tontonan, netizen beri pelbagai reaksi
Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 32 saat itu telah meraih lebih 64,000 tanda suka dan kira-kira 714,000 tontonan di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.
Kebanyakan rakyat Malaysia juga akui bahagian dalam pengumuman yang paling menyentuh mereka adalah ketika pramugara atau pramugari menyebut ‘selamat pulang ke tanah air’.
Maka benarlah, penggunaan kosa kata yang teratur dan ton suara yang baik juga dapat menyenangkan hati seseorang.
Sekadar info, Candu merupakan sejenis dadah yang terbentuk daripada lateks iaitu susu getah, namun di Indonesia, penggunaan perkataan candu juga membawa maksud ketagih. Sebagai contoh, kecanduan bermaksud ketagihan.
Baca Artikel Berkaitan: Pilot Malaysia Airlines Guna Teknik ‘Crabbing’ Ketika Mendarat Dalam Cuaca Buruk Di London Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: