Model Sanggup Travel 36 Jam Dari New York Untuk Berjumpa Rakan Di Langkawi [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan model itu perlu menukar sebanyak tiga kali penerbangan dari New York sebelum sampai ke Langkawi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Langkawi merupakan salah satu destinasi peranginan yang sering menjadi tumpuan pelancong di dalam dan juga antarabangsa.
Malah jika berkunjung ke pulau ini dapat dilihat ramai mat salleh yang memenuhinya. Bukan hanya itu, keindahan pulau di Langkawi ini juga membuatkan ramai pelancong jatuh cinta dengannya.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang sanggup terbang jauh demi melihat keindahan pulau ini secara realiti.
Model sanggup terbang 36 jam ke Langkawi demi kawan baik
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang model yang juga influencer antarabangsa, Calum Harper apabila dia sanggup terbang lebih daripada satu hari ke Langkawi demi rakan baiknya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Calum di TikTok, awalnya dia berada di rumah yang terletak di New York, Amerika Syarikat sebelum membuat keputusan untuk terbang ke Langkawi selama 36 jam demi rakan yang berada di sana.
Malah kelihatan Calum turut membawa sebanyak tiga bagasi untuk melawati pulau yang indah itu.
Terpaksa tukar tiga penerbangan untuk ke Langkawi dari New York
Menurutnya untuk ke Langkawi, dia perlu menukar beberapa penerbangan yang mulanya dari New York ke Paris, Perancis.
“Saya mengambil keputusan untuk membelanja diri sendiri tempat duduk di kelas perniagaan (business class) kerana ia adalah satu penerbangan yang sangat lama,” ujarnya.
Calum juga memaklumkan dia tidur di sepanjang penerbangan ke Paris sehingga menyebabkan dia tidak dapat merasai makanan enak yang dihidangkan khas untuk kelas tempat duduk terbabit.
Sebaik sampai di Paris, dia kemudian bersedia menaiki pesawat Emirates menuju ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sementara menunggu giliran menaiki kapal terbang, Calum memaklumkan dia sempat merasai pengalaman berada di lounge syarikat penerbangan kesukaannya itu.
Teruja dapat rasai pengalaman di lounge Lapangan Terbang Dubai
Selepas tujuh jam perjalanan, Calum sekali lagi berasa teruja melihat lounge di lapangan terbang berkenaan sebelum menaiki satu lagi penerbangan menuju ke Pulau Pinang, Malaysia.
Katanya kapal terbang yang dinaiki itu kemudiannya menyambung perjalanan ke Langkawi selepas beberapa individu turun dari pesawat berkenaan.
“Saya telah sampai di Pulau Penang, Malaysia dan ini adalah antara pengalaman pelik sepanjang kehidupan saya apabila pesawat yang saya naiki bertukar menjadi bas. Jika awak tidak mahu menyambung perjalanan ke Langkawi, anda hanya perlu turun.
“Manakala mereka yang ingin menuju ke Langkawi hanya perlu kekal di tempat duduk mereka.
“Akhirnya saya berjaya sampai ke destinasi yang ingin dituju selepas perjalanan yang panjang,” ujarnya.
Rakan gembira lihat Calum di Langkawi
Sebaik sahaja mendarat Calum kemudian menghubungi rakan baiknya untuk meminta individu tersebut menjemputnya.
Kelihatan wajah rakan baik model terbabit begitu gembira saat melihat Calum berada di Langkawi.
Ramai teruja lihat Calum Harper di Langkawi
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja Calum kini berada di Langkawi dan mengucapkan selamat datang kepadanya.
Tidak kurang juga ada yang mencadangkan beberapa tempat dan kafe untuk dikunjungi oleh model berkenaan.