“Pertandingan Siapa Dapat Diabetes Dulu Ke?” – Ramai Risau Lihat Individu Sertai Contest Makan Kunafa [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah ada di antara mereka menikmati menu itu dengan cara tergesa-gesa untuk menghabiskannya hingga ditenangkan oleh hos acara (emcee) berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, dapat dilihat lambakan festival makanan yang menghimpunkan hasil produk peniaga tempatan.
Setiap pesta makanan yang dianjurkan lazimnya mempunyai keunikan dan identiti tersendiri malah kadangkala peniaga yang terlibat juga adalah berbeza-beza.
Sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung, ada penganjur yang bertindak kreatif mencipta kelainan dengan pengisian program yang menarik.
Festival Makanan Anjur Pertandingan Makan Kunafa
Itulah yang dilakukan oleh penganjur sebuah festival makanan di Pasir Puteh, Kelantan yang menganjurkan pertandingan makan kunafa.
Menerusi video yang dikongsikan semula di platform X @miss_ross3, kelihatan beberapa individu yang kebanyakannya terdiri daripada wanita sedang berusaha menghabiskan hidangan tersebut.
Apa yang menjadi perhatian adalah ada di antara mereka menikmati menu itu dengan cara tergesa-gesa untuk menghabiskannya hingga ditenangkan oleh hos acara (emcee) berkenaan.
Malah, ada peserta yang dilihat menggeletar tangannya kerana dipercayai cuba menghabiskan manisan itu dengan cepat.
“Rileks kak rilek. Slow-slow, masa ada banyak lagi,” kata hos tersebut.
Difahamkan, kesemua peserta berkenaan diberi masa tiga minit untuk menghabiskan satu mangkuk kunafa yang disaluti dengan coklat itu.
Hasil semakan kami mendapati, pertandingan makan kunafa itu telah diadakan dalam satu ekspo makanan di Pantai Bisikan Bayu, Semerok, Pasir Puteh Kelantan sekitar November tahun lalu.
“Ini pertandingan siapa dapat diabetes dulu ke weh? Adoi pelahap masing-masing siap tutup mulut tak tahan,” kongsi pengguna itu.
Ni pertandingan sapa dapat diabetes dulu ke weh 😭
— Rosse ☽˚。⋆ (@Miss_Ross3) January 7, 2025
Adoi. Pelahap memasing makan 😂siap tutup2 mulut tu tak menahan.. pic.twitter.com/ahRtlgXSEY
Ramai Risau Lihat Individu Sertai Pertandingan Makan Kunafa
Video yang telah mendapat lebih 770,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menyatakan kerisauan apabila melihat kesemua individu terbabit menikmati hidangan sedemikian.
Mereka berpendapat tindakan sebegitu jika kerap dilakukan boleh menjadi punca kepada penyakit berbahaya seperti kencing manis.
Malah, ada yang berpendapat pihak penganjur seharusnya tidak menjadikan kunafa sebagai menu utama dalam pertandingan berkenaan.
Berikut antara komen pengguna X:
“Aku Sanggup Masuk Pertandingan Makan Mi Berbanding Makan Kek Macam Tu, Muak”
“KKM Tolong Pantau & Halang Pertandingan Gini, Nanti Bila Ramai Yang Sakit, Staf KKM Juga Penat”
“Rasa Boleh Dah Kot KKM Naikkan Harga Rawatan Dari RM1 Kepada RM10”
“Berpada-Pada La Makan Tu, Gula Penyebab Utama Kepada Segala Jenis Penyakit”
“Makan Benda Manis Tu Yela Kena Tegur, Tapi Makan Pelahap, Dah Nama Pun Pertandingan”
Baca Artikel Berkaitan: “Rekod Paling Tinggi Dalam Sejarah” – Lelaki Singapura Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM300
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tercengang Lihat Lelaki Buat Konten Makan Sapuan Coklat Penuh Satu Akuarium [Video]