“Tak Nak Kereta Calar Kot” – Cara Ford Mustang Ini Parkir Raih Perhatian Ramai [Video]
Menurut influencer automotif yang dikenali sebagai Bobo, dia mengesyaki bahawa pemandu Mustang itu sengaja meletakkan kenderaannya sebegitu kerana tidak ingin didekati orang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di Malaysia, terdapat pelbagai ragam pemandu semasa meletakkan kenderaan mereka di dalam kotak parkir.
Ada yang gemar meletakkan kenderaan dengan cara memasukkan bahagian hadapan terlebih dahulu. Ada juga yang lebih selesa dan memilih untuk meletakkan kereta dengan cara mengundur.
Kedua-dua cara ini tidak salah asalkan kenderaan yang diparkir itu berada dalam kotak dan tidak menghalang laluan utama atau menyusahkan pemandu lain yang ingin meletakkan kenderaan mereka di sebelah.
Tular Ford Mustang dipercayai sengaja parkir himpit ke kanan
Pun begitu, lain pula dengan cara yang digunakan oleh seorang pemandu kereta sport ini yang meletakkan kenderaannya di dalam kotak parkir dipercayai di pusat membeli-belah, One Utama Petaling Jaya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok influencer automotif, Bobo Borak Motosiput, kelihatan kereta jenis Ford Mustang berwarna merah jambu itu diparkir di dalam kotak parkir dengan cara himpit ke kanan.
Pemandu terbabit dipercayai sengaja meninggalkan ruang yang lebih besar di bahagian kiri yang turut memiliki kotak parkir buat kenderaan lain.
Sengaja parkir himpit ke kanan kerana tak nak kereta didekati orang lain
Menurut Bobo, dia mengesyaki bahawa pemandu Mustang itu sengaja meletakkan kenderaannya sebegitu kerana tidak ingin didekati orang lain.
Dalam video tersebut, turut kelihatan reaksi teruja pempengaruh berkenaan melihat sekeliling kereta itu yang telahpun diubahsuai agar kelihatan lebih ‘sporty’.
Difahamkan, pemilik Ford Mustang itu merupakan seorang usahawan colek buah jenama Mangga Padu yang dikenali sebagai Hakim.
Ramai akui parkir sebegitu elak pintu kenderaan sebelah terkena kereta
Melihat di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh rata-rata pengguna media sosial setelah melihat video tersebut.
Ada yang mengakui turut menggunakan cara parkir sedemikian untuk mengelakkan daripada pintu kenderaan di sebelah terkena keretanya semasa dibuka.
Malah, tidak kurang juga yang berpendapat pemilik kereta Mustang itu seharusnya memarkir kenderaannya di kawasan parkir premium valet jika tidak mahu didekati individu lain yang berpontesi menyebabkan calar.