fbpx
Now Reading
“Tengok Dekat Luar Tiada Orang” – Suara Misteri Beri Salam Mendayu-dayu Di Ipoh Curi Tumpuan [Video]

“Tengok Dekat Luar Tiada Orang” – Suara Misteri Beri Salam Mendayu-dayu Di Ipoh Curi Tumpuan [Video]

Difahamkan, kejadian dikatakan berlaku semasa seorang remaja tinggal sendirian di rumah sekitar pukul 8 malam ketika hujan lebat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bercerita mengenai gangguan ketukan pintu pada waktu malam, ia bukanlah sesuatu yang baharu lagi di Malaysia. Bermula dari satu kawasan ia kemudian akan berjangkit ke tempat lain pula.

Malah, ia terus berulang dan sehingga hari ini masih kekal misteri, bahkan gangguan berkenaan yang dikaitkan dengan perkara mistik senyap sebegitu sahaja.

Seperti sebelum ini, beberapa kawasan pernah dihantui dengan ‘ketukan misteri’ sehingga meraih perhatian media seperti di Sabak Bernam, Selangor dan Taman Bukit Katil Damai, Melaka.

Tular misteri orang beri salam di Ipoh

Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Lokman Hakim berkongsi suara misteri memberi salam yang berlaku di rumahnya di Batu Gajah, Ipoh, Perak.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun miliknya (@lokmanhakim4320), kejadian dikatakan berlaku semasa anaknya tinggal sendirian di rumah sekitar pukul 8 malam ketika hujan lebat.

Dalam video yang dirakam oleh anaknya itu, kedengaran jelas suara ‘seseorang’ memberi salam (Assalamualaikum) sebanyak tiga kali secara berturut-turut.

Dengar suara beri salam tapi tengok dekat luar tiada orang

Menurut Lokman, anaknya tidak melihat sesiapapun yang berada di luar rumah mereka selepas mendengar salam yang mendayu-dayu itu.

“Di rumah (kawasan) Batu Gajah semasa hujan lebat, tengok di luar tiada orang. Korang rasa orang ke apa,” tulisnya di dalam video.

Lokman juga bertindak bertanya kepada jiran-jiranya sekiranya mendengar suara misteri memberi salam yang sama, namun mereka menjawab tidak mendengarnya.

Ada yang dakwa suara beri salam datang daripada kanak-kanak jual kuih

Bagaimanapun, di ruangan komen, ada beberapa individu yang dipercayai tinggal di kawasan tersebut mendakwa bahawa suara tersebut datang daripada seorang kanak-kanak yang menjual kuih.

“Saya kenal suara ini, cara dia bagi salam memang seram. Selalu datang rumah saya, seorang budak lelaki jual makanan, hujan ke panas dia redah sahaja,” kata seorang individu.

Namun, dia tidak menyediakan sebarang bukti yang dapat mengesahkan dakwaannya itu. Malah Norman sekali lagi menjelaskan bahawa anaknya tidak melihat sesiapa semasa menjengah ke luar tingkap rumah.

Sementara itu, kebanyakan pengguna media sosial yang lain turut menyatakan perasaan seram mereka mendengar suara salam tersebut, tidak kurang juga yang mendakwa ucapan salam yang didengari itu agak pelik tidak seperti manusia biasa.

Malah, ada pula yang berpendapat sekiranya salam itu diberikan sebanyak tiga kali, dia sememangnya adalah manusia kerana makhluk halus seperti jin hanya memberi salam sekali atau dua kali sahaja.

Sehingga kini, perkara tersebut masih belum diketahui kesahihan sebenarnya, adakah betul suara manusia ataupun sebaliknya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.