fbpx
Now Reading
Wet World Pedas Bakal Berwajah Baru? Ramai Teruja & Imbau Kenangan Lama Di Taman Tema Air Ini [Video]

Wet World Pedas Bakal Berwajah Baru? Ramai Teruja & Imbau Kenangan Lama Di Taman Tema Air Ini [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan Wet World Pedas bakal dihiasi dengan beberapa tarikan permainan terbaharu apabila ia dibuka kelak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Taman tema air merupakan salah satu tarikan yang bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak sebaliknya disukai setiap peringkat umur.

Di Negeri Sembilan ini jika sebut mengenai taman tema air pasti ramai yang akan teringat Wet World Pedas yang terletak di Rembau.

Malah taman tema ini sentiasa menjadi perhatian dan kunjungan orang ramai khususnya mereka yang menetap di Negeri Sembilan. Wet World Pedas juga terkenal dengan kolam air panas semula jadinya pada suatu ketika dahulu.

Namun selepas covid-19 melanda negara, taman tema ini dilihat suram sebelum ditutup sepenuhnya.

Wet World Pedas sedang dinaik taraf, ada tarikan permainan baru

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan taman tema air di Rembau itu bakal berwajah baru apabila sedang dinaik taraf.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mohd Fuad di TikTok, kelihatan taman tema air itu seperti diubah suai di beberapa kawasan.

Ada tarikan baru yang disediakan

Turut kelihatan taman tema itu bakal menambah tarikan permainan baharu. Bukan hanya itu, kelihatan beberapa gelongsor turut disusun dan belum dipasang sepenuhnya.

Di satu lagi kawasan lain kelihatan jentolak dan beberapa trak yang sedang menjalankan kerja pengubahsuaian berdekatan gelongsor tarikan lama di taman tema itu.

Dalam video yang dirakam menggunakan drone kelihatan tarikan permainan yang lama di taman tema itu masih lagi belum di naik taraf dan air kelihatan hijau kerana sudah lama ditinggalkan.

Namun terdapat tarikan yang dilihat masih teguh tetapi memerlukan pemeriksaan lanjut serta dihias semula.

Wet World Shah Alam bagi bayangan akan dibuka tak lama lagi

Video memaparkan taman tema air itu dinaik taraf turut dikongsikan oleh Wet World Shah Alam apabila menunjukkan keadaan gelongsor baharu yang sedang di cat dan sebagainya.

“Pengembaraan bakal bermula tak lama lagi. Bersiap sedia untuk menerokai taman pengembaraan yang paling mendebarkan di Pedas, Negeri Sembilan.

“Nantikan pengalaman luar biasa untuk semua,” tulis Wet World Shah Alam.

@wetworld_shahalam

Pengembaraan bakal bermula tak lama lagi! 🌳✨ Bersiap sedia untuk menerokai taman pengembaraan yang paling mendebarkan di Pedas, Negeri Sembilan! 🧗‍♂️🌟! Nantikan pengalaman luar biasa untuk semua. Tekan ❤️ dan jangan lupa follow kami untuk more updates! #adventurepark #negerisembilan #wetworldpedas #tamantemanegerisembilan #hotspring #waterparkpedas #pedasnegerisembilan

♬ original sound – Wet World Shah Alam_Official – Wet World Shah Alam_Official

Ramai teruja dan imbau kenangan lama di Wet World Pedas

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan pengubah suaian taman tema tersebut dan tidak sabar untuk mengunjunginya apabila sudah siap kelak.

Tidak kurang juga ada yang mengimbau kenangan mereka yang pernah berkunjung ke Wet World Pedas suatu masa dahulu.

Malah ada yang berpendapat ia adalah satu kerugian jika membiarkan tempat penuh kenangan ini terbengkalai.

Walau bagaimanapun, menerusi semakan kami pihak Wet World tidak memaklumkan bilakah taman tema ini ada dibuka sepenuhnya kepada orang awam.

“Orang Rembau je tahu gahnya Wet World ni pada zamannya dulu. Akhirnya kembali dengan ubah suai baru…”
“Pastikan air panas tu ada”
“Tak sabar tunggu buka. Bila agaknya buka tempat mandi-manda ni. Dulu tak pernah jejakkan kaki (tak pernah pergi).”
“Dulu tahun 2005 rumah memang dekat dengan Wet World ni.. Biasa hari Sabtu dengan kawan pergi duduk luar sambil tengo tiket-tiket orang buang. Bila nampak orang buang tiket memang kita orang ambil tiket tu masuk secara percuma.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.