fbpx
Now Reading
Fasih Berbahasa Melayu & Cakap Sopan, Ramai Teruja Lihat ‘House Tour’ Rumah Keluarga Ini [Video]

Fasih Berbahasa Melayu & Cakap Sopan, Ramai Teruja Lihat ‘House Tour’ Rumah Keluarga Ini [Video]

Menerusi video, Tharsh memaklumkan rumah yang dibeli buat ibu bapanya itu berkonsepkan moden Bali dan dia sentiasa menginginkan sesuatu yang seragam serta warna coklat lembut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rumah bukan sahaja sekadar tempat untuk seseorang tinggal sebaliknya ia turut dijadikan sebagai destinasi berehat, bermesra dengan keluarga dan banyak lagi.

Malah di sini jugalah bermulanya terbentuk kasih sayang sesebuah keluarga. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang sanggup berhabisan ratusan ribu ringgit demi sebuah rumah yang selesa buat insan tersayang.

Meskipun tahu harga sebuah rumah bukanlah murah namun semuanya tiada yang mustahil jika dilakukan dengan usaha dan doa yang tidak putus.

Ramai teruja lihat house tour rumah keluarga ini

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang berkunjung ke sebuah kediaman milik keluarga berbangsa India di Puncak Alam, Selangor untuk membuat reviu atau lebih mudah dikenali sebagai ‘house tour’.

Menerusi video yang dimuat naik oleh House Tour Malaysia, awalnya kelihatan pengacara wanita menegur seorang aunty sebaik memasuki perkarangan rumah dan bertanya adakah itu rumahnya?

Aunty itu kemudian menjawab benar dan ia adalah hadiah daripada anak tunggalnya. Pengacara tersebut lalu memuji mereka mempunyai rumah yang cantik serta meminta kebenaran sekiranya boleh membuat house tour.

Mendengar permintaan itu, anak kepada aunty yang dikenali sebagai Tharsh bersetuju untuk membawa pengacara melihat rumah mereka.

Siap tunjuk ruang kegemaran setiap kali tetamu datang

Sebaik memasuki kawasan di dalam rumah, pengacara wanita itu sekali lagi memuji mereka mempunyai konsep yang begitu cantik. Malah Tharsh turut menunjukkan setiap inci di dalam rumah mereka.

“Jadi ruang tamu kita selalu habiskan masa banyak di sini. Jadi macam sofa walaupun kita tiga orang sahaja dekat rumah tapi sofa saya beli enam tempat duduk. Kadang-kadang ada banyak tetamu ke saudara mara nak datang,” ujarnya.

Tharsh turut menunjukkan ruang paling disukainya iaitu ‘feature wall’ yang sering digunakan untuk sesi fotografi dan sebagainya.

Buat rumah konsep moden bali

Katanya lagi rumah tersebut dihias mengikut tema moden Bali dan dia menginginkan sesuatu yang seram serta warna coklat lembut.

Di ruang makan pula, Tharsh juga menunjukkan terdapat laman yang akan membuatkan pandangan sewaktu menjamu selera lebih tenang. Bukan hanya itu, dia juga mempunyai pintu tersembunyi bagi bilik stor yang kelihatan kemas.

Beralih ke tingkat atas, Thars memaklumkan rumah yang dibeli itu mempunyai empat bilik tidur.

“Rumah ni ada empat bilik, satu di bawah dan tiga di atas (tingkat). Bilik air memang pecah semua buat balik ada konsep kayu dan marble supaya ia memberi pengalaman yang lebih selesa.”

Siap ada bilik khas untuk upacara keagamaan

Tharsh turut menunjukkan ruang biliknya, ibu bapa termasuklah ruangan sembahyang yang dikhaskan.

Sewaktu melihat almari pakaian peribadi, Tharsh memberitahu dia berbelanja hampir RM10,000 dan kelihatan ia mempunyai banyak ruang.

@housetourmalaysia

Kalini team HTM nak tour ke sebuah kediaman terletak di Puncak Alam, Selangor. Menariknya, pemiliknya iaitu Tharsh membeli rumah ini istimewa untuk ibu dan ayah beliau. Untuk konsep rumah ini adalah modern balinese, serba cantik seperti showroom! Stay tuned untuk full episod rumah @tharsh_m22 di you tube HTM akan datang ✨ #rumahteres #puncakalam #shahalam #semenyih #ighome #ighometourmalaysia #kakideko #kakidekomalaysia #rumahviral #htm #dekorasi #housetourmalaysia #rumahmalaysia #malaysia #inspo #homeinspo #rumahidaman #minimalis #rumahmungil #sghome #ighometourindonesia #rumahcantik #pinterest #fyp #viralmyvideo

♬ Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策

Ramai puji fasih bahasa Melayu dan cakap lembut

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji rumah Tharsh dan keluarganya begitu cantik dan bersih.

Malah ada yang turut memuji cara Tharsh bertutur kerana dia tidak sahaja fasih berbahasa Melayu sebaliknya bercakap dengan sopan.

House Tour Malaysia turut memaklumkan sebelum ini keluarga Tharsh bukanlah datang dari keluarga yang senang. Malah dahulu dia sering membantu bapanya menjual surat khabar.

Disebabkan ramai yang begitu suka dengan rumahnya ada yang cuba meneka kerjaya Tharsh kerana kagum dengan citarasanya dalam dekorasi rumah.

“Wah dekat Eco grandeur ni memang T20 je biasa beli sini.”

“Patutlah dah lama tak nampak uncle dekat area Jalan Tepi Sg. Klang dah jadi penduduk Puncak Alam sekarang. Mereka satu keluarga memang cakap lembut. Rindu nak tegur uncle masa bawa van atau motor”

“Fasih bahasa Melayu dan cakap sopan sangat. Walaupun style nampak boyish tapi lembut je sebenarnya. Memang nampak berpelajaran..”

“Kebanyakan rumah India simple tapi kemas, bersih, tak sarat hiasan macam kawan India saya. Rumah dia lawa sangat ❤️”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.