Gara-Gara Terlepas Simpang Di Lebuh Raya, Perodua Axia Selamba Reverse & Redah Laluan Rumput [Video]
Melalui perkongsian itu, kelihatan kereta Perodua Axia berwarna hitam itu pada mulanya memasuki laluan menghala ke Alor Setar, Kedah dan Georgetown, Pulau Pinang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ketika berada di jalan raya, pelbagai ragam pengguna dapat dilihat. Kebanyakannya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Kadangkala, ada segelintir yang dilihat mementingkan diri hingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka itu.
Apatah lagi, jika perbuatan mereka itu sebenarnya boleh menjadi punca kemalangan.
Perodua Axia Berundur Kerana Terlepas Simpang Di Persimpangan Lebuh Raya
Itulah yang dilakukan oleh sebuah kereta Perodua Axia apabila pemandunya dilihat nekad mengundur gara-gara terlepas simpang keluar di lebuh raya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @eefitri93, kelihatan kereta berwarna hitam itu pada mulanya memasuki laluan menghala ke Alor Setar, Kedah dan Georgetown, Pulau Pinang.
Namun, dia dilihat mengundurkan kenderaannya sebaik mengetahui laluan yang dilalui adalah salah.
Redah Jalan Berumput Untuk Masuk Persimpangan Di Sebelah
Apa yang menjadi perhatian adalah pemandu kenderaan berkenaan dilihat selamba melalui jalan berumput berbanding jalan tar semata-mata mahu memasuki persimpangan di sebelah kiri yang menghala ke Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak.
Malah, turut kedengaran pengguna yang merupakan pemandu lori itu pada mulanya risau namun terhibur melihat gelagat kereta berkenaan.
“Kereta tak salah, lori yang salah,” seloroh pemilik video itu.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Changkat Jering, Perak.
Ramai Kecam Tindakan Perodua Axia, Boleh Jadi Punca Kemalangan
Video yang telah mendapat lebih 150,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam pemandu Perodua Axia berkenaan.
Bagi mereka, tindakan pemandu kereta tersebut amat berbahaya dan boleh menjadi punca kemalangan lebih-lebih lagi jika terdapat kenderaan lain seperti motosikal yang turut menggunakan laluan tersebut.
Malah, ada yang mahu pihak berkuasa contohnya seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap pengguna sedemikian.
Ada juga pengguna yang berseloroh mengatakan salah lori yang berada di belakang kereta terbabit hingga menyebabkan pemandu itu bertindak sedemikian.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Harap PDRM Ambil Tindakan”
“Tersilap Ikut Waze La Kot, Biasa La Tu, Kadang Aku Pun Pernah Terlepas Simpang Ikut Waze”
“Pemandu Sekarang Banyak Buat Hal, Jalan Raya Dah Macam Tempat Bermain”
“Selalu Macam Ini La Jadi Kemalangan, Yang Dari Belakang Lori Bukan Nampak Kereta Depan Reverse”
“Kalau Dah Terlajak, Jalan Je Terus. Adoi Memang Membahayakan Keselamatan”
“Saya Sanggup Cari Exit Paling Dekat, Pusing Balik Dekat Situ, Jangan Menyusahkan Orang Lain”
Baca Artikel Berkaitan: “Nasib Ada ADAS” – Proton X50 Berjaya Elak Kemalangan Selepas Saga Terlepas Simpang Berhenti Mengejut [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Patut Lori Tak Payah Brek”- Ramai Bengang Lihat Kereta Myvi Selamba Tukar Lorong Masuk Ke Laluan Treler [Video]