fbpx
Now Reading
Ibu Pasrah, Anak Masukkan Sirap Dalam Lauk Lemak Labu Buat Ramai Geli Hati [Video]

Ibu Pasrah, Anak Masukkan Sirap Dalam Lauk Lemak Labu Buat Ramai Geli Hati [Video]

Menerusi video, kelihatan lauk masak lemak labu yang dimasak oleh Nursolehah bertukar warna dari putih kekuningan menjadi merah jambu ekoran pati sirap yang diletak oleh anak perempuannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di bulan Rejab yang mulia ini pasti ramai yang sedang melakukan ibadah puasa sunat untuk untuk merebut ganjarannya.

Malah berpuasa pada bulan Rejab ini juga dapat melatih diri kita untuk bersedia apabila tibanya bulan Ramadan yang tidak lama sahaja lagi.

Setiap kali berpuasa pastinya kita ingin menikmati masakan yang dimasak di rumah yang terjamin lebih bersih dan enak apatah lagi jika ia adalah daripada insan tercinta seperti ibu, isteri dan sebagainya.

Ibu geleng kepala lihat lauk dimasak untuk berbuka puasa bertukar jadi warna merah jambu

Baru-baru ini, seorang isteri yang juga ibu turut ingin melakukan perkara sama iaitu menyediakan lauk untuk suaminya sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nursolehah di TikTok, awalnya dia telah merancang untuk memasak lauk masak lemak labu buat suami untuk dijamu ketika berbuka puasa.

Letak pati sirap dalam lauk yang sedang di masak

Namun siapa sangka anak perempuan yang masih kecil dengan selamba meletakkan pati sirap ke dalam lauk labu yang sedang dimasak.

Tindakan si cilik itu telah menyebabkan masakan lemak labu yang sepatutnya berwarna putih kekuningan bertukar menjadi merah jambu.

Malah kelihatan lauk itu seperti tidak dapat diselamatkan lagi apabila warna tersebut telah sebati dalam masakan berkenaan sewaktu dikacau oleh Nursolehah.

Nursolehah turut menunjukkan reaksi anaknya yang duduk diam di sebuah kerusi sambil memerhatikan ibu yang sedang memasak. Malah si kecil itu seperti tahu dia telah melakukan kesalahan yang mungkin boleh membuatkan ibunya marah.

“Hmm ni macam mana kira ni? Mama tengah semangat nak masak untuk lauk berbuka kejap lagi.

“Eh tahu-tahu dia dah letak pati sirap dalam masak lemak labu. Nak marah tapi kena sabar.

“Jadi nama lauk ni aku letak Masak Lemak Labu Sirap Bandung,” kata Nursolehah di ruang kapsyen.

@nur_kakcik

Hurmm ni mcm mne kira ni.. mama tgh semagat nk msak untk lauk berbuka kjp lg,ehh thu2 dia dh letak pati sirap dlm msak lemak labu😌😌 nk mrh tp kena sabarrr😂 so nme lauk ni aq letak MASAK LEMAK LABU SIRAP BANDUNG😅 #fypppppppppppppp #fypシ #ragamanak #masaklemaklabu

♬ nhạc nền – Đà Lạt + – Đà Lạt +

Suami pun reda tengok lauk masak lemak labu bertukar warna merah jambu

Dalam satu lagi video, Nursolehah menunjukkan reaksi suaminya yang reda dengan lauk masak lemak labu yang dihidangkan oleh isterinya.

“Abi (ayah) buka tudung saji muka pasrah, geleng kepala tengok menu. Untuk pengetahuan semua tadi saya makan labunya rasa okay cuma warna je tak menyelerakan,” kata Nursolehah lagi.

@nur_kakcik

Replying to @kem4_akm4 Abi ny bukak tudung saji muka pasrah😂 geleng kepala negok menu baruu🤣 btw td sye mkn labu ny rse ok lg cuma warna je tak menyelerakan🥴 #fpyシ #fffffffffffyyyyyyyyyyypppppppppppp #masaklemaklabu

♬ Funny Song – Bruno Portinho Trilhas para filmes

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang geli hati melihat lauk yang dimasak oleh Nursolehah bertukar menjadi merah jambu.

Malah ada juga yang tertanya dengan rasa masakan Nursolehah kerana ia telah dicampur dengan sirap.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan mengatakan kanak-kanak kebiasaannya akan melakukan eksperimen di dalam bilik air.

“Akhirnya yang bersalah mesti buat tak bersalah. Tak nak pandang kita yang tengah marah.”

“Tak apa, boleh makan lagi tu. Anak saya nombor dua hari tu letak kari dalam jamu. Jamu baru siap, nak bagi sejuk. Boleh pergi tuang kari ikan. Sabar jelah.”

“Bertuah betul anak dara sorang ni, bagus bagi mak resepi baru ya. Kreatif sangat ni.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.