fbpx
Now Reading
KPM Nafi Tuduhan Kertas Sejarah SPM 2024 Bocor

KPM Nafi Tuduhan Kertas Sejarah SPM 2024 Bocor

Beberapa senarai topik yang dikatakan akan keluar dalam kertas Sejarah SPM 2024 telah tular di grup WhatsApp pelajar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, ia telah bermula sejak 2 Disember lalu dan akan tamat pada 6 Februari 2025.

Calon-calon yang terlibat dalam peperiksaan penting ini pastinya akan berusaha sehabis mungkin untuk mengulangkaji setiap subjek bagi membolehkan mereka menjawab kesemua soalan dengan baik.

Sudah pastinya setiap pelajar mahu meraih pencapaian terbaik bagi peperiksaan SPM ini kerana ia juga bakal menentukan hala tuju pendidikan mereka di peringkat universiti kelak.

Tular Dakwaan Berlaku Kebocoran Kertas Subjek Sejarah SPM 2024

Walau bagaimanapun, tular satu isu di media sosial yang mendakwa bahawa berlakunya kebocoran kertas peperiksaan subjek Sejarah bagi SPM 2024.

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@grxcellyn), terdapat satu keratan kertas yang kononnya jawapan kepada 40 soalan objektif subjek Sejarah kertas 1 peperiksaan berkenaan.

Tangkap layar dari sebuah grup WhatsApp yang tular pula memaparkan senarai topik-topik yang akan keluar dalam kertas peperiksaan SPM 2024 bagi subjek Sejarah.

Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai pelajar berasa kecewa berikutan sikap sesetengah individu yang mengambil jalan mudah.

“Kita punya belajar macam nak meninggal, mereka senang je dapat soalan bocor,” ujar pengguna X.

Ramai Pelajar Kesal Dengan Dakwaan Yang Berlaku

Selepas mengetahui tentang dakwaan yang tular di media sosial itu, rata-rata calon SPM 2024 berasa kesal dengan perkara tersebut kerana mereka menganggap langkah mudah yang diambil itu seperti tidak adil.

“Saya belajar untuk tiga minggu dan bangun pukul 4 pagi ya,” luah netizen.

Sementara itu, ada juga pelajar yang berharap agar mereka tidak perlu untuk mengulangi semula peperiksaan subjek tersebut selepas tualr dakwaan tentang kebocoran kertas ujian terbabit.

“Janganlah repeat. Aku dah penat-penat jawab,” ujar pengguna X.

Sumber: X
Sumber: X

KPM Nafi Dakwaan Berlaku Kebocoran Kertas Peperiksaan SPM 2024 Subjek Sejarah

Peka dengan apa yang berlaku, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa dakwaan kebocoran kertas peperiksaan SPM 2024 bagi subjek Sejarah adalah tidak berasas.

Memetik laporan Astro Awani, segala siasatan terperinci telah selesai dilakukan termasuklah meneliti kesemua tangkap layar yang tular di media sosial.

Jelas KPM lagi, tangkap layar yang tular itu hanya melibatkan senarai tajuk dalam buku teks dan tidak menyertakan sebarang soalan dalam kertas peperiksaan.

“Tangkap layar yang tular hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.

“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan,” jelas KPM.

Sumber: MalayMail

Tambah kementerian itu lagi, dakwaan mengenai kebocoran kertas peperiksaan SPM 2024 bagi subjek Sejarah itu tidak menepati definisi prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan dan KPM.

Justeru KPM sekali lagi menegaskan bahawa pihak mereka sentiasa komited dan mengambil serius dalam menjaga kerahsiaan kertas peperiksaan awam.

Pihak mereka turut menasihati kesemua calon SPM 2024 agar kekal tenang dan fokus dengan persediaan menghadapi subjek akan datang.

Kes Yang Sama Pernah Berlaku Bagi SPM 2023

Sumber: MalayMail

Sebelum ini, KPM juga telah berdepan satu situasi sama di mana berlakunya dakwaan kebocoran bagi kertas subjek Sejarah bagi SPM 2023.

Berikutan kes tersebut, KPM telah melakukan siasatan dan menjelaskan bakal mengambil tindakan sewajarnya jika dakwaan tersebut terbukti benar.

Jelasnya prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai sudah memadai bagi mengelak berlakunya kebocoran kertas peperiksaan.

“Apa sahaja dakwaan, KPM akan siasat dan pada masa sama, saya minta anak-anak tidak diganggu dengan berita ini. Bagi mereka ruang fokus dengan kertas peperiksaan yang sedang mereka hadapi.

“Kami akan siasat secara terperinci dan mengambil penuh tanggungjawab ini,” kata Menteri KPM Fadhlina Sidek.

Baca Artikel Berkaitan: KPM Sedang Siasat Dakwaan Kertas Soalan Sejarah SPM Bocor -Fadhlina

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.