fbpx
Now Reading
Lebih Mudah & Cepat, Farmasi Konsep Drive-Thru Di Kelantan Buat Ramai Teruja [Video]

Lebih Mudah & Cepat, Farmasi Konsep Drive-Thru Di Kelantan Buat Ramai Teruja [Video]

Dakwa pengguna berkenaan, farmasi yang dikenali sebagai Super Big Pharmacy itu yang pertama dijumpai olehnya yang menyediakan kemudahan drive-thru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut pandu lalu atau drive-thru, pasti dah terbayang dalam fikiran restoran atau kedai minuman.

Yelah, kebiasaannya premis sebegini yang menyediakan konsep drive-thru bagi memudahkan pelanggan.

Individu hanya membuat pesanan tanpa perlu keluar dari kenderaan dan segala urusan pembayaran turut dibuat dengan konsep yang sama, mudahkan?

Farmasi Di Kelantan Sediakan Perkhidmatan Drive-Thru Untuk Pelanggan

Siapa sangka, bukan sahaja premis makanan, rupanya farmasi juga ada menyediakan perkhidmatan pandu lalu buat pelanggan.

Menerusi video di TikTok nasnazir_official, pemuda berkenaan telah berkongsikan pengalamannya berkunjung ke premis yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia hanya menggunakan perkhidmatan drive-thru yang disediakan oleh farmasi terbabit sewaktu mahu mendapatkan ubat resdung.

Dakwa pengguna berkenaan, premis yang dikenali sebagai Super Big Pharmacy itu yang pertama dijumpai olehnya menyediakan kemudahan tersebut.

“Kita berada di lorong pandu lalu. Ini drive-thru. Drive-thru dia bagitahu bukan menu makanan, korang nak tahu menu apa jom,” kongsi lelaki itu.

Hanya Dapatkan Ubat & Buat Pembayaran Melalui Tingkap

Lebih menarik, pelanggan tidak perlu keluar daripada kenderaan namun hanya sekadar membuat pesanan melalui tingkap yang disediakan di premis tersebut. Malah, pembayaran serta konsultansi juga turut dibuat di situ.

Difahamkan, farmasi berkenaan turut mempunyai cawangan di Kuantan, Pahang yang juga ada menyediakan perkhidmatan sama dan Teras Jernang, Bangi, Selangor.

“First time Bukan GCB, bukan McD, bukan KFC, ini drive-thru di farmasi,” kata pemuda itu lagi.

Konsep Drive-Thru Baru Dibuka November Tahun Lalu

Hasil semakan kami di laman sosial rasmi farmasi berkenaan mendapati konsep drive-thru itu baharu sahaja bermula pada 1 November tahun lalu.

Apa yang lebih menarik, tempoh operasi buat pelanggan drive-thru lebih lama berbanding walk-in ke premis.

Bagi perkhidmatan drive-thru, waktu operasi adalah pada 8.30 pagi hingga 12.00 malam manakala walk-in bermula 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

Ramai Teruja Dengan Perkhidmatan Drive-Thru Farmasi

Video yang telah mendapat lebih 201,000 nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa teruja melihat perkhidmatan tersebut. Ini kerana mereka berpendapat konsep sebegitu sememangnya memudahkan.

Malah, ada yang menyatakan hasrat untuk berkunjung ke farmasi berkenaan bagi mencuba perkhidmatan mereka.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Aku Kalau Keluar Dengan Anak-Anak Nak Beli Ubat, Farmasi Sini La Aku Tuju, Tak Risau Parking”

“Bagus Ni Buat Siapa Yang Nak Perjalanan Jauh & Lupa Bawa Ubat Anak Boleh Beli Sini”

“Betul-Betul Mudahkan Urusan Sejak Ada Farmasi Ni”

“Ooo Dekat Kubang Kerian Dah Ada Farmasi Drive-Thru”

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Hussain Nasi Kandar Drive-Thru Pertama Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: Tak Dapat Buat Pesanan Di Kaunter Drive-Thru KFC Kerana OKU, Luahan Wanita Ini Buat Ramai Simpati [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.