“Nak Join Sekali!” – Lelaki Lakon Babak Player 456 Dari Squid Game 2 Di Ampang Park Buat Ramai Geli Hati [Video]
Kelihatan lelaki tersebut dengan bersahaja bermain ‘Red Light, Green Light’ dengan patung perempuan gergasi dari Squid Game yang terletak sekitar MRT Ampang Park itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Drama siri popular Korea Selatan, Squid Game telah menjadi bualan ramai sejak musim kedua mula bersiaran di Netflix pada 26 Disember 2024.
Ia bukan sahaja diminati di negara luar, malah rakyat Malaysia juga tidak terlepas menonton siri berkenaan. Kalau anda lihat, promosi bagi drama tersebut juga begitu meriah sekali.
Netflix telah bekerjasama dengan MRT Corp untuk ‘ambil alih’ Ampang Park untuk dibawa masuk ke dunia Squid Game. Sebuah patung kanak-kanak perempuan bersaiz gergasi yang turut berada dalam cerita berkenaan juga dipamerkan sekitar MRT.
Baca Artikel Berkaitan: “Come And Play Ddakji” – Squid Game Takes Over MRT Ampang Park
Lelaki Lakon Babak Squid Game 2 Depan Patung Gergasi Di Ampang Park
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@laveyyeager) mempamerkan aksi menarik yang berlaku sekitar MRT Ampang Park. Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang lelaki sedang bermain permainan ‘Red Light, Green Light’ di khalayak ramai.
Cara game ini dimainkan adalah peserta perlu berdiri di belakang garisan permulaan. Apabila ‘Green Light’ disebut, pemain akan bergerak secara perlahan-lahan ke arah garisan penamat.
Ketika ‘Red Light’ disebut, semua harus segera berhenti. Jika pemain dilihat masih bergerak, anda dianggap kalah.
Namun perkara yang mencuri perhatian adalah cara lelaki itu bermain sama seperti babak dalam Squid Game 2. Individu tersebut dilihat melakonkan watak utama dalam cerita tersebut iaitu Lee Jung Jae sebagai Seong Gi-hun atau lebih dikenali sebagai pemain 456.
Dalam klip itu, kedengaran dia menjerit, “Porow!” berulang kali. Difahamkan lelaki itu sebenarnya mahu menyebut ‘Oreum’ yang bermaksud jangan bergerak (freeze).
Tidak terhenti di situ sahaja, lelaki berkenaan juga berkata, “I have played this game before!” iaitu ayat yang sama disebut oleh Gi-hun semasa main permainan itu.
@laveyyeager HE IS NOT HIM!!!😭😭 #ampangpark #squidgame #greenlightredlight #player456 ♬ original sound – that camera guy
Gaya Tangan Sama Dengan Watak Gi-hun Dalam Squid Game 2
Lebih mencuit hati, gayanya iaitu menyembunyikan gerakan mulut menggunakan lengan tangan adalah sama seperti pemain 456!
Walaupun berada di khalayak ramai dan dalam keadaan hujan, lelaki berkenaan dilihat seronok bermain berseorangan menggunakan imaginasinya sendiri.
Hantaran klip ini telah meraih sebanyak 9.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis (9 Januari).
Ramai Terhibur Lihat Lelaki Yang Terbawa-bawa Dengan Watak Squid Game
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat terhibur dengan telatah lelaki yang terikut dengan adegan siri Squid Game itu.
“Betul-betul kena rasuk dengan player 456 😭,” ujar seorang pengguna TikTok.
Malah, ramai juga meluahkan rasa kagum melihat lelaki berkenaan yang tidak segan bermain seorang diri di tempat awam.
“Anxiety, rasa malu, segan semua takut dengan lelaki ni,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berkata mereka teringin untuk menyertai lelaki tersebut untuk bermain sekali.
“Kalau aku ada dekat situ, dah lama aku join sekali dia main 🤣,” ujar seorang warganet.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Lihat Wajah Lelaki Di Indonesia Mirip Player 456 Squid Game, Lee Jung-jae [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pelakon ‘Squid Game 2’ Hebat Main 3 Permainan Tradisional Malaysia Buat Ramai Kagum