Wanita Persoal Beli 12 Jenis Sayur Di Pasar Malam Kena Caj RM51
Melalui perkongsian itu, terdapat 12 jenis sayur yang dibeli antaranya seperti bayam merah, lobak merah, cili padi kampung, halia, cili merah, timun dan limau kasturi yang dibeli dari pasar malam di Johor Bahru.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain makanan berasaskan protein seperti ikan dan ayam, sayur merupakan antara menu wajib ada dalam setiap hidangan utama.
Bagi kebanyakan orang, tempat paling mudah untuk membeli kesemua barang tersebut adalah di pasar basah.
Namun, ada juga yang lebih suka membeli barang tersebut di pasar raya ataupun pasar malam.
Lazimnya, pilihan membeli itu dibuat berdasarkan kedai mana yang menawarkan harga berpatutan.
Wanita Terkejut Harga Sayur Dibeli Dari Pasar Malam RM51
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa terkejut apabila harga sayur yang dibelinya dari pasar malam bernilai RM51.
Menerusi perkongsian wanita tersebut di TikTok @mbokjem89, dia membeli barangan tersebut di sebuah pasar malam yang terletak di Johor Bahru, Johor.
Jelas wanita berkenaan, dia yang tidak pernah membeli sayur di pasar malam terkejut dengan harga yang dikenakan oleh peniaga berkenaan.
Melalui video carousel yang dikongsikan, terdapat 12 jenis sayur yang dibeli antaranya seperti bayam merah, lobak merah, cili padi kampung, halia, cili merah, timun, limau kasturi dan daun limau purut.
Peniaga Beri Kacang Panjang Percuma
Jelas wanita itu lagi, peniaga berkenaan turut memberikan kacang panjang secara percuma.
“Tak pernah beli sayur dekat pasar malam, sekali beli akak tu caj aku RM51. Dia bagi free kacang panjang.
“Korang tolong tengok, betul ke JB (Johor Bahru) punya harga macam ni?” tulisnya.
Ramai Setuju Harga Sayur Di Pasar Malam Mahal Berbanding Pasar Raya
Perkongsian yang telah mendapat lebih 141,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju harga sayur di pasar malam atau pasar basah lebih mahal jika dibandingkan di pasar raya di mana-mana negeri sekalipun.
Malah, ramai yang berpendapat harga sayur di pasar raya jauh lebih murah.
Namun, ada segelintir netizen mendakwa harga barang berkenaan di pasar malam rumah masing-masing dijual dengan nilai murah.
Pun begitu, ada juga yang berpendapat nilai yang dikenakan oleh peniaga berkenaan sesuai dengan kuantiti barang yang dibeli.
Harga Bayam Merah Boleh Cecah Lebih RM6.00 Sekilo
Berdasarkan laman web Mana Murah, harga purata bagi sekilo bayam merah adalah RM6.35/kilogram (kg).
Manakala, lobak merah pula RM4.48 bagi sekilo, halia (RM11.66/kg) serta limau kasturi RM7.09/kg.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Jangan Beli Sayur Dekat Pasar Atau Pun Pasar Pagi/Malam, Harga Memang Cekik Darah”
“Pernah Kena, Pasar Malam JB Juga, Beli Sikit 2,3 Jenis Je Pun, Total Berbelas”
“Saya Suka Beli Dekat Pasar Malam Sebab Ada Harga 1 Pinggan RM2. 3 Pinggan RM5, Jimat Banyak Tau”
“Sayur Dekat Pasar Malam/Pagi Memang Mahal. Pernah Beli Sayur Pucuk Manis Seikat Kecil, Ingatkan RM3 Hingga RM4, RM10.40”
“Beli Supermarket Lagi Murah, RM50 Tu Boleh Dapat 10 Jenis Sayur, Bawang, Halia & Banyak Lagi”
“Betul Dah Harga Tu Kalau Dia Tak Bagi Harga Pakej”
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam