fbpx
Now Reading
“Anggap Macam Cucu Sendiri” – Pak Guard Pimpin Tangan Murid Sampai Depan Pagar Raih Pujian [Video]

“Anggap Macam Cucu Sendiri” – Pak Guard Pimpin Tangan Murid Sampai Depan Pagar Raih Pujian [Video]

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak perempuan berkenaan tidak menyangka video yang dimuat naik bersama pengawal keselamatan menjadi tular di media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika pergi ke lokasi seperti pusat beli belah, sekolah atau kilang, pasti akan terjumpa dengan individu yang dipanggil pengawal keselamatan atau pak guard.

Mereka yang bertanggungjawab menjaga keselamatan tempat tersebut lazimnya dilihat garang dan tegas ketika menjalankan tugas.

Namun, ada sesetengah daripada golongan ini dilihat langsung tidak berperwatakan sedemikian lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di sekolah.

Ini kerana ada yang dilihat terserlah kasih sayang dan layanan lembut mereka terutama ketika bersama pelajar.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Semua Boleh Layan Dengan Baik”- Gelagat ‘Mak Guard’ Santuni Anak Istimewa Raih Pujian [Video]

Pak Guard Pimpin Tangan Murid Sampai Pagar

Samalah seperti seorang pak guard ini yang menjadi perhatian gara-gara perbuatan dan layanannya terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @eshal_nashwa16, kanak-kanak yang berusia empat tahun itu pada mulanya dilihat teragak-agak untuk turun daripada tangga.

Apa yang menjadi perhatian adalah seorang lelaki yang merupakan pengawal keselamatan terus memimpin tangan si cilik itu dan berjalan bersama-sama ke arah pintu pagar sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibunya.

“Wish you were here, atuk, thank you uncle,” tulis pengguna itu menerusi ruangan kapsyen.

Ramai Tersentuh Lihat Layanan Pengawal Keselamatan Terhadap Pelajar

Video yang telah mendapat lebih 275,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menerusi ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan tersentuh melihat perbuatan pengawal keselamatan itu.

Sama seperti pengguna berkenaan, majoriti mereka melihatnya sebagai layanan seorang datuk terhadap cucu.

Anggap Semua Murid Macam Cucu Sendiri

Memetik Harian Metro, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai K Santharan itu menjelaskan dia menganggap kesemua pelajar di sekolah tersebut seperti cucunya sendiri.

“Saya anggap mereka semua seperti cucu sendiri, tak kisah Melayu, Cina, India atau apa bangsa sekalipun,” katanya.

Jelas lelaki yang berusia 68 tahun dan bekerja di sebuah tadika Taman Cuepacs, Cheras, dia tidak menyangka akan menjadi tular ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Namun, dia menzahirkan ucapan terima kasih terhadap penghargaan yang diberi walaupun tidak pernah mengharapkannya.

“Saya memang sukakan kerja saya. Semua murid saya bantu jaga terutama waktu mereka nak pulang kerana ada masanya, cikgu tak sempat nak layan semua.

“Saya pimpin tangan murid nak bawa sampai ke depan kereta ibu bapa mereka dan bantu juga (murid) melintas jalan.

“Saya layan semua murid sama, bukan pilih atau bantu murid tertentu saja kerana saya pun ada seorang cucu berumur tujuh tahun. Jadi bila tengok murid lain, teringat pada cucu sendiri,” katanya.

Semua Guru & Ibu Bapa Taruh Kepercayaan Terhadap Pengawal Keselamatan

Santharan yang merupakan bapa kepada dua orang anak itu menjelaskan sehingga kini, guru ataupun ibu bapa menaruh kepercayaan terhadapnya dan tiada masalah di antara mereka.

Dek kerana maklum balas yang positif itu membuatkan dia lebih bersemangat dan seronok untuk bekerja.

“Saya pernah bekerja selama 25 tahun di bahagian penyelenggaraan sebuah hospital sebelum ini.

“Tugas pengawal keselamatan ini pula sudah dilakukan sejak lima tahun lalu, cikgu dan ibu bapa senang hati kerana bantu jaga murid.

“Mereka percaya dan ada juga ibu bapa beri makan juga minuman sebagai tanda terima kasih. Saya hargainya dan selagi kuat dan terdaya, saya akan terus bekerja di sini,” jelasnya.

Ibu Kanak-Kanak Muat Naik Video Hanya Sekadar Rakam Kenangan

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak yang turut berada dalam video berkenaan, Nurkasmedah Abdullah mendedahkan, dia yang memuat naik video anak perempuannya, Eshal Nashwa Mohd Fardisah bersama pengawal keselamatan tersebut.

Kasmidah yang tidak menyangka video itu menjadi tular menjelaskan, tujuannya memuat naiknya di TikTok hanyalah sekadar untuk kenangan.

“Saya kenal Uncle (Santharan) sejak hari pertama anak bersekolah iaitu 2 Januari lalu kerana dia yang bantu kami melintas jalan.

“Waktu ambil anak sekolah, saya terdetik nak rakam video sebagai kenangan hari pertama anak bersekolah dan tak sangka Uncle bantu pimpin tangan anak untuk turun tangga.

“Terharu kerana nampak macam seorang datuk pimpin tangan cucunya dan keesokan harinya, nampak Uncle buat yang sama dengan murid lain,” kongsinya lagi.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Minta Dia Panggil Tata (Atuk)”

“Respect Uncle Guard Macam Ni”

“Ala Comel Je Dah Macam Atuk Dia Dah”

Baca Artikel Berkaitan: “First Time Tengok” – Sekolah Buat Majlis Perpisahan Untuk Pengawal Keselamatan Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pak Guard Menangis Terharu Lepas Pekerja Pejabat Rai Hari Jadinya, Rupanya 8 Tahun Dah Tak Sambut Birthday [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.