“Dalam Kekurangan Ada Kelebihan” – Lelaki OKU Kreatif Ubah Suai Berus Gigi Buat Ramai Kagum [Video]
Lelaki OKU kudung tangan dikenali sebagai Maidiazam itu mengubah suai berus gigi berkenaan agar ia lebih mudah digunakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebenarnya ramai di kalangan masyarakat yang mempunyai imaginasi tinggi serta berkebolehan untuk melakukan inovasi barang menggunakan otak kreatif mereka.
Seperti sebelum ini, bakat seorang wanita telah mendapat perhatian ramai selepas dia bertindak mengubah suai mesin basuhnya yang usang menjadi sebuah singki.
Makcik yang dikenali sebagai Mak Long, 70, turut meletakkan jaring pada dua lubang mesin tersebut di mana sebelah kiri dijadikan sebagai tempat membasuh manakala di sebelah kanan sebagai tempat pengering.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Lihat Hasil Kreatif Makcik Ini Ubah Suai Mesin Basuh Lama Jadi Sinki [Video]
Lelaki OKU Ubah Suai Berus Gigi
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Maidiazam (@maidiazam) yang kudung tangannya berkongsi cara-cara dia mengubah suai sebatang berus gigi agar ia lebih mudah digunakan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Maidiazam sedang menyalakan sebatang lilin. Dia kemudian menghalakan bahagian batang berus gigi ke arah api. Difahamkan, aksi tersebut adalah untuk melembutkan batang itu agar ia mula dilentur.
Selepas batang berus itu mula lembut, Maidiazam bertindak membengkokkannya ke arah 90 darjah seperti bentuk ‘L’. Selepas itu, dia memasukkan batang berus yang sudah bengkok ke dalam lubang besi berbentuk silinder.
Lelaki OKU (Orang Kurang Upaya) berkenaan mengetuk batang berus beberapa kali bagi memastikan ia terletak elok di dalam besi tersebut.
Dia kemudian memasukkannya ke dalam sebuah bekas plastik. Kalau anda tonton sendiri video inovasi tersebut, ia kelihatan seperti tangan lanun ‘Pirate Hook’ dari siri animasi Peter Pan.
Cuma yang membezakannya adalah Maidiazam tidak menggunakan mata kail tetapi diganti dengan berus gigi. Kreatif betul!
“Tahun baru, ganti sikat 2025😁,” katanya di ruangan kapsyen.
@maidiazam tahun baru, ganti sikat 2025 😁#sikatgigi #difabel #semangat #foryoupage #fyp ♬ original sound – DNP
Ramai Rasa Insaf & Mula Syukuri Nikmat Cukup Sifat Yang Allah SWT Kurniakan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa kagum melihat kebolehan Maidiazam untuk mengubah suai alat mandian itu.
“Terbaik la bang. Semoga Allah terus permudahkan urusan seharian abang. Abang dah usaha sedaya upaya dah,” kata seorang lelaki.
Bukan itu sahaja, warganet juga meluahkan rasa insaf selain bersyukur atas segala nikmat yang dilimpahkan Allah SWT selama ini.
“Dalam kita mengira nasib, ada lagi individu yang Allah uji dengan pelbagai dugaan yang lebih dahsyat. Betapa aku tak kenal erti bersyukur. Terima kasih bang mengingatkan kami yang cukup sifat ni,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga memuji usaha gigih Maidiazam bagi menghasilkan inovasi berus gigi berkenaan.
“Hebat ciptaan Allah. Jika ada keinginan tiada alasan untuk menidakkan sesuatu. Terharu tengok semangat abang. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata seorang individu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Bapa Bantu Anak Ubah Suai Basikal Jadi ‘Kereta Kebal’ Sempena Merdeka Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Bakar Lemang Ke?” – Myvi ‘Flex’ Ekzos Berapi & Siap Letak Kereta Di Parkir OKU [Video]